Kes jenayah meningkat: Enam SJR sekitar Putra Perdana dilaksanakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari IPD Sepang
bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) statik di enam lokasi hotspot sekitar Putra Perdana di sini, bermula Isnin hingga Rabu susulan peningkatan kes jenayah di kawasan itu.


Bercakap pada sidang media mengenai Op Khas Putra Perdana pada Isnin, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata SJR yang merupakan sebahagian daripada Op Cegah Jenayah itu disertai kira-kira 100 anggota dari tiga balai iaitu Balai Polis Sepang, Balai Polis Putra Perdana dan Balai Polis Cyberjaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kes jenayah dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Putra Perdana agak menonjol kerana dalam bulan Mac lepas sahaja terdapat 16 kes jenayah. Balai polis (daerah Sepang) lain paling tinggi 10 kes. Atas sebab ini kami tumpukan operasi cegah jenayah di kawasan ini," katanya.

Wan Kamarul Azran berkata kes jenayah paling tinggi direkodkan melibatkan kes curi iaitu tujuh kes, pecah rumah (empat), curi motosikal (dua) dan masing-masing satu kes curi kereta, rogol dan samun tanpa senjata api.

Bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Mac lepas, beliau berkata kes jenayah yang direkodkan di kawasan pentadbiran IPD Sepang 161 kes berbanding 111 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menyentuh perancangan IPD Sepang dalam membanteras jenayah di kawasan pentadbiran daerah itu, beliau berkata pihaknya memberi tumpuan utama kepada lima kawasan iaitu Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Putra Perdana, Cyberjaya, Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi.

"Untuk tingkatkan kawalan, kami akan tambah kereta peronda kerana kami dapati kaedah rondaan amat perlu terutama di kawasan lebuh raya seperti SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan) dan LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) selain beberapa jalan utama di Dengkil dan Cyberjaya," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…