Kes curi komponen  - sekumpulan pemilik superbike mulakan usaha sendiri 

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kejadian komponen brek dan eksoz motosikal superbike dicuri bukan isu baharu.

Sudah bertahun masalah ini berlaku, hinggakan pelancong luar tahu masalah negara ini bila ia terjadi beberapa tahun dahulu ketika perlumbaan MotoGP di Sepang.

Kini, kes kecurian komponen motosikal superbike masih berleluasa. Setiap hari akan ada pemilik superbike yang mengadu sistem brek dicuri.

 

 

Juga popular ialah kehilangan damper untuk fork hadapan yang sangat mudah dicuri.

Menurut kumpulan pemilik superbike tersebut, antara punca komponen motosikal sering dicuri ialah kerana wujudnya pasaran.

"Ada yang hendak komponen brek mahal ini untuk dipasang pada motosikal mereka sendiri," ujar seorang pemilik superbike yang Careta temui.

"Komponen dicuri memang harganya murah. Kadang-kadang kita lihat komponen terpakai dijual dengan harga tidak munasabah di laman sosial. Tak pasti dari mana barangan itu tetapi harga yang terlalu murah ini mencurigakan," sambung beliau.

 

 

Seorang pemilik Yamaha Y15 yang Careta temuramah pula berkata memang ada terjual komponen brek dan sistem gantungan dari jenama mahal dijual di kedai.

"Harga brek hadapan baharu jenis Brembo hampir kepada RM3,000. Sistem gantungan monoshock Ohlins di belakang ada yang melebihi RM3,500. Memang mahal, tapi jika mampu, pemilik akan kumpul duit dan beli," terang beliau.

"Tak boleh tuduh juga pemilik motosikal kecil dengan komponen mahal ini membeli barang curi. Kalau mereka tidak mampu, masakan mereka boleh beli helmet rare berharga ribuan RM?" soal beliau.

Ada juga yang membeli komponen superbike terpakai dari motosikal-motosikal yang telah dikira lupus atau "write-off" akibat kemalangan.

 

 

Apapun, masalah komponen superbike dicuri masih berlaku sehingga ke saat ini dan tidak banyak berita mengenai pihak berkuasa tampil untuk memberikan fokus kepada permasalahan tersebut.

Kerana itu, kumpulan pemilik superbike ini meminta jasa baik mangsa-mangsa yang pernah kehilangan motosikal superbike atau komponen pada superbike mereka untuk mengisi borang kajian pada pautan di bawah.

https://goo.gl/forms/MfaR9DaM8w3yQ5Uk2

Kajian ini akan dikumpulkan oleh mereka dan bakal diserahkan kepada pihak berkuasa agar mampu menjadi sumber info untuk menyelesaikan kes-kes kecurian ini.

 

 

 

Untuk pemilik superbike, ini adalah saranan kami untuk mengurangkan kecurian komponen jentera anda.

  • Parkir di dalam kawasan berpagar dan mempunyai pengawal.
  • Parkir di hadapan CCTV.
  • Letak tanda pada komponen-komponen yang sering dicuri. Terbaik ialah etching di mana nama kita dan nombor motosikal digores atau dipunar pada komponen tersebut.
  • Pasang skru kunci pada komponen agar sukar dibuka.
  • Ambil polisi perlindungan tambahan untuk komponen dan aksesori motosikal.

 

 

Untuk pemilik motosikal kecil dengan komponen-komponen mahal, pastikan resit pembelian komponen tersebut di simpan sebagai bukti.

Jangan beli komponen dari orang yang tidak dikenali dan jangan terlalu percaya komponen mahal dengan harga yang terlalu rendah.

*Semua gambar digunakan ialah gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan isu kecurian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota Unit Peronda Polis terserempak sebuah lori…
Berita Domestik
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penemuan itu adalah…