Kes Covid-19 positif di ibu pejabat Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton Holdings Berhad hari ini membuat kenyataan bahawa salah seorang dari kakitangan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) disahkan positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam keterangan syarikat itu kepada Bernama, usaha pengesanan kontak sudah bermula dan semua kakitangan dari bahagian-bahagian terbabit telah diminta untuk tidak hadir ke pejabat dan melakukan kuarantin diri sendiri.

Proton juga telah melakukan pembersihan dan proses disinfektasi di bangunan-bangunan terbabit dan di kawasan-kawasan yang disyakki turut terlibat.

Proton mendakwa ia menuruti SOP yang dicadangkan oleh pihak berkuasa sejak bermulanya pandemik tersebut.

Orang awam tidak berlu khuatir kerana tugas kakitangan yang terbabit itu tidak melibatkan beliau berjumpa dengan pelanggan.

Proton akan terus memantau situasi ini sebelum membuat sebarang tindakan lanjutan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…