Kes Carlos Ghosn: Dua beranak ditahan di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menahan dua orang saspek yang disyaki terlibat dalam membantu bekas bos Nissan Carlos Ghosn lari dari Jepun Disember lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas anggota Pasukan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat, Michael Taylor, 59 tahun dan anaknya Peter, 26 tahun telah ditahan di Massachusetts Rabu lalu.

Pihak pendakwaraya Jepun telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua saspek tersebut pada Januari.

Ghosn yang sebelum ini ditahan di Jepun atas salahlaku kewangan pada 2018 telah berjaya menggemparkan dunia dengan siri pelarian beliau dari negara Matahari terbit ke Lubnan.

Butiran berkenaan penglibatan Taylor dan anaknya tidak didedahkan secara rasmi, namun menurut pendakwaraya Jepun berkata, kedua-dua individu tersebut berada di Jepun bagi membantu Ghosn melepasi sekatan keselamatan sebelum berangkat ke Lubnan.

Awal bulan yang lalu, tujuh individu telah dihadapkan ke mahkamah Turki atas kesalahan cuba membantu Carlos Ghosn melarikan diri dari Jepun, terdiri daripada juruterbang, pramugari serta seorang eksekutif syarikat penerbangan.

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…