Kes Camry langgar lari di Lebuhraya KL-Karak - Polis tunggu laporan buat dakwaan kukuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak polis diberitakan sedang menunggu laporan rasmi dari mangsa langgar lari di Lebuhraya KL-Karak hari ini.

Satu klip video yang tular di media sosial hari ini menunjukan sebuah Toyota Camry berwarna putih dilihat melanggar seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya di laluan kecemasan KM56.4 arah ke Kuala Lumpur.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut sumber Careta, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital Bentong dan didapati tidak mengalami kecederaan serius.

"Polis sedang menunggu laporan dari mangsa agar dapat membuat pendakwaan yang lebih kukuh," ujar sumber yang rapat dengan agensi berkaitan.

Rata-rata netizen berang dengan sikap pemandu kereta itu yang langsung tidak mahu berhenti dan meneruskan pemanduannya.

Kejadian yang hampir sama turut berlaku kepada juruvideo Careta, Naqiuddin Ahmad.

Naqiuddin melanggar sebuah Toyota Yaris yang masuk ke laluan beliau dan terus berhenti secara tiba-tiba. Beliau terjatuh di atas jalanraya dan pemandu Yaris itu terus melarikan diri.

Penulis sangat berharap ada tindakan kepada pemandu-pemandu yang melarikan diri dari lokasi kemalangan. Alasan seperti "takut berhenti kerana nanti kena pukul" tidak boleh diterima langsung.

Kerajaan juga mungkin perlu menimbangkan penggunaan perakam video digital untuk kenderaan kerana nampaknya semakin ramai pengguna jalanraya yang tidak segan-segan menipu atau melarikan diri.

Mungkin mereka yang mempunyai perakam video digital akan menerima diskaun untuk premium insurans mereka.

* Berita terbaharu dari sumber Careta berkata pemandu Camry itu sudah membuat laporan di Balai Polis Gombak. 

Berita Berkenaan

Informasi
"Tiada lokasi yang dikategorikan sebagai blackspot di Lebuhraya LPT1, tetapi lebih kepada lokasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan telur ayam yang…