Kes bunuh pemandu Grab - Kenyataan rasmi dari Grab

oleh Mohamad Hanif|
Berhubung kes bunuh yang melibatkan pemandu Grab yang berlaku baru-baru ini, Grab telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes tersebut.

Kenyataan Rasmi dari Grab Malaysia

Bagi pihak keluarga Grab, kami ingin mengucapkan takziah kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya atas kehilangan ini. Sebagai pemandu Grab, beliau bekerja keras dan menjadi pemandu terbaik, dan berdasarkan maklum balas penumpang, dia amat dihargai dengan baik oleh penumpangnya.

Dari pihak Grab, kami sedang melakukan apa yang termampu untuk menyokong mereka pada masa ini.

Bagi pihak PDRM dan Grab, kami meminta semua orang supaya tidak berkongsi data peribadi mangsa di ruang awam seperti media sosial atau berkongsi spekulasi dan khabar angin mengenai perkara ini. Kami ingin menghormati privasi keluarga dan siasatan yang berterusan.

Kami akan memberikan kerjasama yang berterusan kepada pihak berkuasa mengenai perkara ini. Keselamatan rakan kongsi pemandu kami adalah sama penting dengan keselamatan para penumpang kami dan ancaman keselamatan mereka adalah sesuatu yang kami tidak ambil ringan.

Jika sesiapa mempunyai maklumat mengenai perkara ini, kami menggalakkan anda untuk memaklumkan terus kepada pihak berkuasa.

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di…
Berita Domestik
Beliau berkata lagi, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk menghapuskan servis e-hailing oleh…
Berita Global
Antara pelabur lain ialah Toyota Motor Corp (US$1 billion) dan Vulcan Capital, milik pengasas…