Kes bayi maut tercampak dari pegangan bapa dalam kemalangan - ibubapa boleh di penjarakan maksimum 10 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seorang bayu berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kereta Toyota Vios yang dipandu oleh ibunya dalam satu kemalangan jalanraya do Kilomter 19.3 Jalan Seremban - Simpang Pertang kelmarin.

Pemandu, Lim Hui Chee, 25 sedang memandu kenderaan beliau dari Seremban untuk pulang ke Titi bila beliau hilang kawalan akan kenderaannya ketika tiba di selekoh dan masuk laluan bertentangan dan melanggar dengan sebuah Honda Civic yang datang dari Kuala Klawang.

Vios tersebut berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah Proton Saga yang juga datang dari arah Kuala Kelawang.

Akibat impak tersebut, Wong Qan Ton, 9 bulan, tercampak dari pangkuan ayahnya, Wong Ting Sing, 26 tahun. Bayi tersebut terkeluar dari kereta dan jatuh ke tengah jalan raya.

Pemandu Proton Saga mengalami kecederaan pada bahagian leher sementara pemandu Civic tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bayi tersebut dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar. Ia meninggal dunia pagi esoknya kerana kecederaan serius pada bahagian kepala.

Polis sedang menyiasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Keselamatan Jalanraya 1987 yang melitupi kesalahan jenayah pemanduan cuai yang mengakibatkan kematian.

Di bawah akta tersebut, pesalah boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000.

Di Careta, kami rasa pihak polis sudah sepatutnya bertindak lebih keras untuk memastikan kejadian seperti di atas dan juga insiden seperti di bawah (gambar pernah viral kerana ibu berkata ini cara beliau menjaga anak - dengan membuat "stunt" di atas jalanraya) tidak akan berulang lagi.
 

 


Kepada yang memberi alasan ia menyusahkan, kami tidak faham situasi mereka, anak masing-masing lain cara menjaganya, kami sarankan anda pergi ke gaung dan terjun kerana kami memang malas melayan ibubapa yang berfikiran begitu.

* Laporan dan gambar asal dari The New Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…