Kes Alphard P45 - Timbalan Menteri tampil mohon maaf

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik kepada Toyota Alphard bernombor pendaftaran P45, Ahmad Marzuk Shaary yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini memohon maaf atas insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Malaysiakini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu menjelaskan beliau akan mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai satu penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.

Tambah beliau, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.

"Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.

"Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat," katanya.

Dalam laporan terdahulu, sumber memberitahu pemandu Toyota Alphard berwarna hitam itu dikatakan sedang berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong kenderaan di hadapannya ketika laluan tersebut mempunyai dua garisan putih berkembar.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan Malaysiakini, Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran P 45 itu dilihat memotong…
Berita Domestik
Difahamkan kereta jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran P45 itu dipandu oleh pemandu, lelaki…