Kerusi keselamatan kanak-kanak wajib ada kod QR

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menasihati para ibu bapa supaya memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang dibeli mempunyai label kod QR kerana ia mengandungi maklumat terperinci mengenai garis panduan keselamatannya.


Ketua Pengarah JKJR, Nasri Ishak berkata, hanya kerusi yang mempunyai label itu saja dibenarkan dijual di negara ini memandangkan pihak pengeluar CRS sudah dimaklumkan mengenai label kod QR daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

 

Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam garis panduan CRS itu termasuk kelulusan pensijilan, kaedah pemasangan dalam kenderaan dan kesesuaian pemakaian mengikut kategori berat serta tinggi.

 


“CRS yang mempunyai label kod QR menunjukkan ia mengikut piawaian United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Regulation (Peraturan) 44 dan 129.

 


“Oleh itu, ibu bapa perlu pastikan label itu ada pada CRS sebelum dibeli. Bagi pembelian dalam talian juga perlu pastikan label ini ada jika tidak mereka boleh pulangkan semula kepada penjual.

 


“Pembelian CRS tanpa label ini jelas menunjukkan ia tidak mengikut piawaian dan boleh memberi risiko nyawa anak jika menggunakannya,” katanya.

 

pix 1

 


Nasri turut berkata, ibu bapa juga boleh melayari laman web JKJR untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai garis panduan CRS.

 


Beliau berkata, CRS sudah lama dijual di dan digunakan di negara ini tetapi setakat ini tiada pemantauan sama ada terdapat kerusi yang tidak berkualiti digunakan.

 


Mulai 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan nyawa bayi daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

 


MIROS turut menetapkan tiga kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi itu iaitu jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pemantauan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (…
Berita Domestik
  “Selepas 1 Januari, produk-produk yang masuk pasaran mesti memenuhi piawaian sebab kebanyakan…
Berita Domestik
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri…