Kerusi Airline Seat Specification Bentley, canggih dan dibuat bersama kiropraktor!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentley Airline Seat Specification
Bentley Airline Seat Specification
Satu faktor penting dalam pembelian kereta ialah keselesaan penumpang dan bukan setakat kesukaan pemandu sahaja.

Penumpang belakang perlu duduk di atas kerusi yang selesa dan juga mempunyai ruang kaki bersesuaian.

Selesa tidak semestinya empuk seperti sofa tetapi cukup dengan sokongan pada bahagian penting dan tidak mendatangkan sakit belakang.

Ini pula contoh luar biasa dari Bentley yang menawarkan kerusi Airline Seat Specification untuk Bentayga EWB. 

Menurut Bentley ini adalah kerusi paling canggih pernah dipasang pada kereta.

Secara ringkasnya kerusi ini mempunyai 22 larasan, sistem pengesanan suhu pertama di dunia dan teknologi pelarasan postur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bentley Bentayga EWB

 

Sistem Suhu Automatik

Apabila penumpang belakang memilih satu daripada tujuh tahap suhu yang tersedia, sistem akan mengesan suhu penumpang dan kelembapan (humidity).

Teknologi ini menggunakan sejumlah pengesan (sensor) yang sentiasa mengukur suhu permukaan sentuhan (contact surface) penumpang dan tahap kelembapan.

Ianya diukur pada ketepatan 0.1 darjah selsius setiap 25 milisaat.

Dari situ, sistem menentukan sama ada untuk menggunakan haba, pengudaraan atau kedua-duanya secara serentak bagi keselesaan penumpang yang optimum.

Nadi pada sistem ini ialah pengesan yang mengukur dan menghasilkan data langsung (live data).

 

Bentley Airline Seat Specification
Bahagian biru: Suhu Automatik. Bahagian merah: Pelarasan Postur

 

Maklumat itu diguna bagi menentukan tahap pemanasan, penyejukan dan pengudaraan yang diperlukan bagi menghasilkan suhu keselesaan terbaik untuk penumpang.

Pada peringkat awal, sistem ditetapkan untuk mengikut suhu yang dilaras penumpang dan selepas itu membuat pelarasan mikro bagi mengekalkan keselesaan terma yang optimum.

Sistem ini juga mampu untuk mengfokuskan pada bahagian belakang atau dudukan (kusyen) sahaja.

Canggih dan sistem suhu automatik ini masih menggunakan teknologi pemanasan kerusi sedia ada kecuali kipas pengudaraan kerusi baharu.

Kipas itu boleh menggerakkan kira-kira 80 peratus lebih udara daripada sistem sebelumnya.

Pelarasan Postur

 

Bentley Airline Seat Specification

 

Sistem ini fungsinya membuat pelarasan kecil secara automatik pada posisi kedudukan penumpang dan sudut tekanan (pressure point).

Suatu yang menarik apabila ianya menggunakan algoritma yang dibangunkan dengan kerjasama kiropkraktor yang biasa berhadapan pelanggan yang mengalami masalah ketidakselesaan dalam perjalanan jauh dengan kereta.

Bersama firma Comfort Motion Global (CMG), Bentley membangunkan sistem saintifik pelarasan postur pneumatik.

Pelarasan itu fungsinya membuat perubahan kecil bentuk permukaan kerusi yang menyentuh bahagian badan.

 

Bentley Airline Seat Specification

 

Sistem ini boleh membuat 177 perubahan tekanan pada enam bahagian tekanan dalam tempoh lebih tiga jam untuk meningkatkan keselesaan dan meminimumkan keletihan sepanjang perjalanan.

Pergerakan atau perubahan itu dikawal oleh algoritma kompleks yang dibangunkan Bentley bersama CMG.

Selain itu, kerusi Bentley Airline Seat Specification mempunyai tambahan kusyen, pelaras penyandar belakang, pemanjang dudukan, penyandar kepala larasan elektrik dan perehat kaki.

Teknologi di sebalik kerusi

 

Bentley Airline Seat Specification

 

Di sebalik kemewahan balutan kulit, di bawahnya terdapat 12 motor elektrik untuk pelarasan kerusi dan bagi penumpang melaras bentuk kerusi supaya sesuai dengan badan mereka.

Ada lagi yang tersorok iaitu tiga unit kawalan injap pneumatik pintar dan kedua-dua motor dan injap tersebut dikawal oleh ECU Pergerakan dan Kesejahteraan Kerusi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bentley Bentayga EWB