Kerosakan jalan: 'Jangan tunggu tular baru bertindak' - Alexander Nanta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerja membaik pulih kerosakan infrastruktur awam terutama jalan raya perlu dilakukan segera tanpa perlu menunggu aduan atau ditularkan netizen.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan tindakan segera perlu diambil pihak yang bertanggungjawab termasuk jabatan atau agensi yang mempunyai bidang kuasa di atas kemudahan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alexander berkata, kerosakan jalan raya adalah antara perkara yang kerap ditularkan.

Beliau menjelaskan, jalan raya di negara ini antara lain berada di bawah tanggungjawab kementeriannya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, beliau berhasrat untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MYJalan bagi memupuk jalinan strategik dengan semua pihak, dalam usaha menyelaras dan mempercepatkan tindakan baik pulih sebarang kerosakan jalan raya.

Alexander berkata, pelancaran kempen MYJalan pada tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa warga kementerian kepada pelbagai kejayaan yang selama ini dianggap sukar untuk dicapai hasil gadingan idea dan tenaga ke arah matlamat yang sama.

Melalui kempen itu, aplikasi MYJalan diperkenalkan yang membolehkan pengguna jalan raya menyalurkan aduan membabitkan kerosakan jalan raya sebelum ia disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Perkara utama yang ingin saya tegaskan di sini adalah tindakan bagi kerja membaik pulih di lapangan tanpa perlu menunggu aduan... and don’t sweep under the carpet.

"Hentikan sikap hanya menunggu isu viral baru bertindak. Kita harus sentiasa memastikan pihak konsesi yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemantauan dengan baik.

"Walaupun secara keseluruhan jalan raya di Malaysia ini bukan di bawah tadbir urus Kementerian Kerja Raya sahaja, namun tanggungjawab untuk menjaga fasiliti kemudahan perkhidmatan ini turut melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri dan PBT.

“Walaupun berbeza bidang kuasa, saya percaya program MyJalan dapat mengeratkan jalinan kerjasama strategik dengan semua pihak untuk bersatu memberikan perkhidmatan terbaik dan sekali gus mempertingkatkan kualiti penyenggaraan fasiliti dan jalan raya," katanya.

Selain itu, Alexander berkata beliau berhasrat untuk mengguna pakai aplikasi MYJalan sebagai salah satu platform pemantauan ke atas pencapaian kerja-kerja syarikat konsesi.

"Aplikasi aduan MyJalan ini mampu diperluaskan dan diperkasakan lagi fungsi dan keupayaannya dalam membantu mengoptimumkan isu penyelenggaraan dan pemantauan jalan seluruh Malaysia di peringkat awam mahupun swasta," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…