Kerjasama MAI dan YPU - Bantu tingkat prestasi usahawan bengkel di Terengganu?

oleh Afandi Che Muhamad|
Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperluas kerjasama dalam meningkatkan keupayaan usahawan-usahawan bengkel di Terengganu menerusi Workshop Transformation Programme (WTP) anjuran MAI sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama ini bertujuan meningkatkan penyertaan lebih banyak perusahaan bengkel di negeri itu, sekaligus memperkasa keupayaan bengkel-bengkel di Terengganu dan meningkatkan mutu perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan kepada pemilik kenderaan di pantai timur.  
 
Menerusi kerjasama ini, kedua-dua pihak akan berkolaborasi di dalam penubuhan bengkel-bengkel bersepadu (integrated workshops), pembangunan perusahaan pembuatan automotif, dan mengukuhkan sektor lepas jualan di Terengganu di masa hadapan.    Untuk meningkatkan penyertaan perusahaan bengkel di negeri Terengganu di dalam WTP, YPU memainkan peranan dalam penyebaran maklumat kepada bengkel-bengkel, penyediaan tempat latihan serta pantauan prestasi dari masa ke semasa bagi memastikan proses pembelajaran peserta-peserta program WTP berjalan lancar.  
 
Sehingga Disember 2017, sebanyak 132 bengkel di Terengganu telah menyertai program WTP. Secara purata, perusahaan bengkel di Terengganu yang menyertai WTP menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 71 peratus.  
 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri Terengganu merangkap Pengerusi YPU, Haji Nawi Mohamad berkata, WTP mempunyai objektif yang seiring dengan YPU dan pihaknya berharap persefahaman ini memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha bengkel di Terengganu untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka serta memupuk bakat-bakat usahawan tempatan untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari (gambar) menegaskan bahawa penyelenggaraan kenderaan adalah suatu aktiviti yang membawa impak secara langsung kepada pemilik kenderaan.

"Kualiti servis dan alat ganti memainkan peranan penting dalam memastikan persepsi pengguna terhadap suatu jenama dipelihara dengan baik, sama ada jenama kenderaan atau perusahaan bengkel sendiri. 
 
“Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) merangkum hala tuju bagi memperkasakan lagi sektor lepas jualan, termasuk perusahaan bengkel. Melalui persefahaman ini, program WTP kini akan memanfaatkan lebih ramai peniaga dan pengguna di negeri Terengganu”, katanya. 
 
Tambah Madani, usahawan-usahawan yang menyertai WTP turut mendapat pengiktirafan daripada MAI dan diberi keutamaan dalam program MAI yang berkaitan termasuk 'business matching' dengan agensi-agensi kewangan bagi tujuan pengembangan perniagaan.
 
Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama 9 bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’. Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

Program WTP menitikberatkan aspek pengurusan perniagaan, termasuk pengurusan akaun, pekerja, jualan, pemasaran dan tabiat keusahawanan. Program WTP bermula pada tahun 2014, dan dibuka kepada bengkel-bengkel di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…