Kerjasama Koperasi Al-Falah dan Autobacs Seven bakal kukuhkan rangkaian alat ganti Jepun di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Koperasi Al-Falah Malaysia Berhad (KOPFALAH), koperasi ahli ANGKASA bersama syarikat alat ganti dan aksesori terkenal Jepun, Autobacs Seven telah menandatangani MoU bagi mengukuhkan lagi industri automotif khusus untuk alat ganti tulen dari Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama tersebut bakal memacukan industri automotif khusus untuk penjawat awam di Malaysia yang berjumlah 1.7 juta ahli yang merangkumi Project A dan Project B.

Tujuan kerjasama itu bagi menubuhkan ekosistem yang lebih lengkap di Malaysia khususnya untuk penjualan dan penyelenggaraan kereta terpakai Jepun yang berkualiti serta dapat mengukuhkah rantaian bekalan alat-alat ganti bermutu tinggi untuk kenderaan buatan Jepun.

 

2

 

Melalui perjanjian tersebut, KOPFALAH akan memainkan peranan penting sebagai ‘anchor’ untuk mengenal pasti, menawarkan ekosistem & rantaian yang lengkap untuk kemudahan pengguna sebagai “One Stop Centre”.

KOPFALAH berperanan penting untuk memberi sokongan dalam pembiayaan kenderaan dan aksesori kepada pelanggan melalui rangkaian panel bengkel seterusnya.

Perkhidmatan itu akan disediakan dengan kualiti tinggi dan warranti menyeluruh untuk kenderaan yang dibeli melalui kerjasama KOPFALAH dan syarikat pembekal kenderaan pengimport dibawah PEKEMA

 

3

 

Usaha tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu Project A dan Project B.

Project A memfokuskan kepada pinjaman untuk penjawat awam melalui KOPFALAH yang menyediakan kredit dan perkhidmatan selepas jualan untuk syarikat pengimport kereta terpakai Jepun.

KOPFALAH menyasarkan 1% iaitu 17,000 daripada 1.7 juta penjawat awam dalam jangka masa 5 tahun sebagai pelanggan berpotensi untuk membeli produk dan servis yang ditawarkan melalui sistem potongan gaji.

 

4

 

Pada fasa kedua, KOPFALAH juga merancang untuk menawarkan pembiayaan kepada lebih 30,000 pekerja syarikat GLC yang terpilih melalui Potongan Gaji Majikan.

Sistem PGM itu dapat menyediakan pembiayaan kepada setiap ahli untuk membeli kereta yang menawarkan ekosistem lengkap seperti pusat servis yang boleh dipercayai dengan alat ganti dan minyak enjin yang tulen dan berkualiti.

Manakala Project B pula bagi mewujudkan "Rangkaian Peniaga Sah" pusat penyelenggaraan kereta tempatan yang bergabung dengan KOPFALAH, disokong oleh Autobacs Car Service Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Autobacs Seven.

 

4

 

Melalui program itu, KOPFALAH akan menyediakan latihan, penjenamaan, sistem dan panduan lain yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.

Dalam masa 3 tahun, kira-kira 150 buah kedai penyelenggaraan kereta disasarkan untuk bergabung dengan KOPFALAH sebagai "Pengedar Sah.

KOPFALAH kini mengalu-alukan penyertaan daripada Koperasi-koperasi dibawah naungan ANGKASA dan juga syarikat-syarikat dalam industri automotif untuk turut serta dalam program vendor KOPFALAH yang terbahagi kepada 4 Sektor:

  • Pembekal/pengedar Kereta Import.
  • Pusat Servis Kenderaan
  • Rangkaian pembekal alat-alat ganti dan aksesori
  • Pembekal/pengedar kereta dan Motosikal terpakai.

Koperasi dan Syarikat yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh terus menghubungi KOPFALAH menerusi emel kepada [email protected].