Kerjasama Honda-Sony mungkin bentuk syarikat bebas baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Careta pernah melaporkan Honda akan bekerjasama dengan syarikat gergasi teknologi Jepun Sony untuk membangunkan dan menjual kenderaan elektrik bateri menjelang tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terkini, kerjasama antara kedua-dua syarikat Jepun itu dilihat mampu membentuk sebuah syarikat bebas yang akan disenaraikan secara umum, dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
 

Sony Vision-S


Menurut laporan Nikkei Asia, pengerusi Sony Kenichiro Yoshida berkata kedua-dua syarikat bersetuju untuk menjadikan kerjasama antara Honda-Sony menjadi sebuah syarikat berasingan.

"Kami berkongsi pandangan di mana adalah lebih baik untuk mewujudkan sebuah syarikat kerjasama yang bebas, berbanding meletakkannya di bawah kawalan Sony ataupun Honda," ujarnya.
 

Honda e


Setakat ini, identiti syarikat baharu itu masih lagi dirahsiakan, dan tidak diketahui sama ada model konsep yang dibangunkan oleh Sony (Vision-S 01 dan Vision-S 02) bakal mempengaruhi rekaan EV yang akan dibangunkan bersama Honda kelak.

Honda menandatangani perjanjian persefahaman dengan Sony untuk membentuk sebuah kerjasama pada awal Mac yang lalu, di mana Honda akan membangunkan perkakasan dan ciri keselamatan bagi model EV, sementara Sony pula akan membangunkan perisian dan kandungan media bagi model tersebut.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jalinan kerjasama itu akan memanfaatkan komuniti luasnya yang mempunyai lebih 1.1 bilion peminat…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…
Berita Domestik
"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini. "Apa…