Kerja turapan jalan MPKJ 'ala kadar'!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook MPKJ
Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) berkongsi kemas kini di Facebook mengenai kerja penurapan Jalan Bougenvilla Taman Bukit Belimbing Cheras dan Jalan Changkat di Kajang pada 19 Januari 2023 telah mengundang kecaman netizen.


Ia susulan kerja penurapan jalan tersebut didakwa dilakukan secara tidak sempurna dan tidak mengikut spesifikasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan cara penurapan yang didakwa dilakukan sekadar meletak tar pada jalan berlubang.

 

printscreen

 

Ada juga berpendapat bahawa kaedah yang digunakan itu hanya bersifat penyelesaian sementara.

 

Segelintir pengguna turut mempersoalkan tahap kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut bagi kerja penyelenggaraaan jalan.

 

Antara komen yang membidas MPKJ adalah dari pemilik akaun Facebook, Lmmultimedia Lufti Hashir, "dari 2017 sampai sekarang, jalan asyik tampal saja bukan mahu turap betul-betul. Mungkin hendak tunggu menteri tersembam baru mahu turap agaknya.".

 

Dalam laporan Sinar Harian yang menghubungi Pegawai Perhubungan Awam MPKJ, Kamarul Izlan Sulaiman memaklumkan, pihaknya menghargai segala komen dan pandangan yang dikongsikan oleh orang awam.

 

Bagaimanapun menurutnya, kerja penurapan jalan yang dilaksanakan itu adalah penyelesaian sementara yang akan disusuli tampalan kekal dijadualkan bulan depan.

 

"MPKJ maklum berkaitan isu ini dan untuk makluman, kerja-kerja tampalan jalan secara sementara ini menggunakan coldmix telah dijalankan oleh Unit Road Gang (di bawah MPKj) di Jalan Bougenvilla, Taman Bukit Belimbing, Cheras.

 

"Kerja tampalan kekal akan dilaksanakan dijangka pertengahan Februari ini," katanya.

 

 

MPKJ

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Namun begitu, jika kita lihat poin-poin ini, tidak dapat disangkal gabungan PSA dan FCA akan hanya…