Kerja gila vlogger Rusia sanggup rosakkan Taycan baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Vlogger yang berasal dari Rusia, Mikhail Litvin sebelum ini agak popular kerana memuat naik video yang memaparkan beliau sendiri sebagai watak utama membakar kenderaan miliknya, Mercedes-AMG GT 63 S Four Door Coupe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, beliau berbuat demikian kerana kenderaan yang dimilikinya itu mempunyai isu reliabiliti yang agak besar dan sukar untuk diperbaiki, jadi solusinya adalah melupuskan sendiri kereta tersebut.

Selang beberapa bulan, Mikhail kembali lagi menghangatkan suasana apabila memuat naik sebuah lagi video baharu di dalam sebuah Porsche Taycan Turbo S.

Video yang kini sudah ditonton oleh 1.5 juta pengunjung Youtube itu menunjukkan beliau mengalami kemalangan saat keluar dari pusat pameran Porsche, dan beliau mendakwa tersilap tekan pedal pendikit dan merempuh pintu kaca pusat pameran tersebut.

Menurut keterangan daripada laman web Motor1, kereta tersebut sebenarnya milik vlogger Rusia itu, dan beliau dikatakan membuat keputusan untuk mengambil sendiri kereta tersebut dengan cara yang tidak siuman.

Pada kami, ini bukan satu contoh yang baik untuk diteladani oleh pembaca Careta, dan ya, wang yang banyak bukanlah penentu masa depan anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan…
Berita Global
Benua Eropah mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus, dengan 42,204 unit kenderaan telah…