Keretapi tergelincir di Jerman, sekurang-kurangnya empat maut

oleh Mohamad Hanif|
Sekurang-kurangnya empat penumpang terbunuh dan 30 lagi cedera apabila sebuah keretapi tergelincir di Bavaria, Jerman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada BBC, keretapi yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar itu sedang menuju ke Munich apabila tiga gerabak tergelincir dari landasan berdekatan dengan Garmisch-Partenkirchen.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas keretapi itu meninggalkan Garmisch-Partenkirchen, jam 1.15 petang waktu tempatan.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian tersebut, namun menurut menteri pengangkutan Bavaria, Christian Bernreiter memberitahu wartawan kemalangan itu mungkin berpunca daripada kesilapan teknikal.

 

sumber gambar: AFP


"Tiada sebarang penglibatan pihak ketiga dalam kejadian ini, jadi kita mesti menganggap ia berpunca daripada sebab teknikal - sama ada di atas kenderaan atau di atas landasan," jelasnya lagi.

Sebahagian daripada laluan antara Munich dan Garmisch-Partenkirchen telah disekat dan lalu lintas telah pun dilencongkan, menurut pengendali kereta api Deutsche Bahn.

Nahas keretapi paling buruk di dalam sejarah moden Jerman berlaku pada tahun 1998 apabila sebuah keretapi berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan di Eschede, Lower Saxony yang mengorbankan 101 penumpang.

Sumber: BBC