Keretapi rempuh bas: 20 terbunuh

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurangnya 20 penumpang terbunuh dalam kemalangan kereta api di Pakistan.

Pasukan penyelamat memberitahu, beberapa mangsa mati di tempat kejadian. Selebihnya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan stesen keretapi Rohri di wilayah Sindh pada hari Jumaat. Angka bilangan mangsa yang cedera adalah  60 orang setakat ini.

 

Dalam kenyataan Pesuruhjaya bandar Sukkur, Shafiq Ahmed berkata setakat ini 20 orang telah terbunuh dalam kemalangan tersebut. Beliau berkata jumlah kematian akan meningkat kerana terdapat beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital Rohri dan Sukkur, katanya.

 

Pegawai polis Sukku, Jamil Ahmed berkata kereta api Pakistan Express dalam perjalanan ke Karachi dari Rawalpindi. Bas yang terlibat pula dalam perjalanan dari Sukkur ke Punjab dengan 50 penumpang.


Jamil Ahmed berkata kemalangan tersebut amat mengerikan. Kereta api yang sedang bergerak dengan kelajuan yang tinggi telah merempuh bas sehingga bas tersebut putus kepada tiga bahagian. Kereta api itu juga telah menyeret bas tersebut sehingga dua ratus kaki sebelum berjaya dihentikan.

 

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas tersebut cuba menyeberangi landasan kereta api walaupun kereta api sedang bergerak pada kelajuan tinggi, kata Shafiq. Pembantu pemandu kereta api mengalami kecederaan parah.

 

 

 

Sumber: Daily Bangladesh

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada…
Berita Global
Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, hala tuju itu adalah tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang…