Kereta Tesla kini mampu swadiagnosis dan tempah alat ganti dengan sendiri!

oleh Mohamad Hanif|

Istilah kereta pintar kini sudah mendapat definisi terbaharu apabila Tesla memperkenalkan sebuah ciri pintar membolehkan kereta Tesla menganalisa dan mengenalpasti masalah mekanikal seterusnya menempah sendiri alat ganti yang diperlukan. 

Ciri ini disedari oleh seorang pengguna laman web Reddit menunjukkan kereta Model 3 miliknya memaparkan mesej pemberitahuan menerusi skrin multimedia. 

An unexpected condition has been detected with the Power Conversion System on your Model 3. A replacement part has been pre-shipped to your preferred Tesla Service Center. Please use your Tesla Mobile App or your Tesla account to schedule a service visit appointment now."

 


Ketika dihubungi oleh Elekctrek, Tesla mengakui ciri tersebut sudah pun diaktifkan bagi memudahkan urusan penggantian komponen yang bermasalah ketika pemilik menghantar ke pusat servis untuk diperiksa. 

Namun, menurut CEO-nya, Elon Musk, sekiranya para pemilik mendapati komponen tersebut dirasakan tidak sesuai, tempahan tersebut boleh dibatalkan atas kehendak peribadi. 

"Keutamaan kami ialah untuk menambahbaik operasi perkhidmatan, dan pada hemat saya, ciri ini sebenarnya sangat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kami di Amerika," ujar beliau. 

Sumber: CarScoops

Add new comment

Careta Ad