Kereta Terpakai (Second-Hand) Lebih Menarik Dengan myTukar?

oleh SALINA JALIL|
Sudah semestinya setiap insan kalau nak membeli kereta, teringin sebuah kereta baru yang masih berbalut plastik! Apatah lagi didatangkan dengan 'bau' segar dari kilang yang menandakan ia adalah sebuah kenderaan yang serba baharu!


Tapi, percaya atau tidak sekarang ada trend popular membeli kereta terpakai dibaik pulih dengan kewujudan platform kereta terpakai myTukar.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Mengapa sekarang terdapat golongan  yang ramai lebih berminat untuk membeli kereta terpakai walaupun mereka tidak mempunyai masalah kewangan? Semestinya kerana kurang nilai susut, bayaran balik loan yang rendah, dan juga adanya myTukar!

 

Datanglah beramai-ramai ke festival Jom Beraya Di myTukar untuk mengetahui lebih lanjut tentang trend pembelian kereta terpakai dan  mencari kereta idaman anda. Festival ini berlangsung dari 20 hingga 22 Mei 2022 bertempat di:

 

myTukar Retail Experience Center – Puchong South : Lot 14225, KM 3, 8, Lebuhraya Damansara - Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

 

myTukar Retail Experience Center – Plentong, Johor Bahru : Lot 150114, Jalan Masai Lama, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia

 

Ketahui lebih lanjut tentang festival ini


Tetapi mengapa kereta terpakai myTukar adalah lebih menarik dipasaran?
 

 

Sememangnya pembelian kereta memerlukan masa dan fokus tahap kemahiran anda dan memeningkan kepala tetapi kini ada cara yang lebih mudah dan telus tanpa bebanan kepada pembeli. Di mana? Di myTukar di mana segalanya dipermudahkan!


•  Anda tidak lagi perlu ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan – myTukar akan setelkan segala kerja-kerja pemeriksaan yang melibatkan pihak berkuasa


•  Anda tidak lagi perlu ke JPJ untuk pendaftaran – Segala kerja-kerja pendaftaran, myTukar akan siapkan untuk memudahkan proses pembelian kereta untuk pelanggan


•  Anda tidak perlu mencari bank untuk pembiayaan pinjaman – myTukar mempunyai panel-panel bank yang boleh memberikan kemudahan loan fasiliti yang menarik


•  Anda tidak perlu mengaji mekanik untuk menyemak kenderaan yang anda minat kerana myTukar mempunyai expert team mereka sendiri untuk pemeriksaan 160-poin. Report yang dikeluarkan oleh myTukar cukup teliti untuk tahu keadaan kereta idaman anda


•  Anda tidak perlu pening kepala mencari insurans – myTukar ada panel insurans yang anda boleh dapatkan tawaran insurans yang lebih menarik dan segala “arrangement” dibantu oleh team myTukar


•  Anda tidak lagi perlu bermandi peluh mencari pusat jualan kenderaan terpakai memandangkan showroom myTukar terdapat di serata negara  fasiliti-fasiliti seperti ruang menunggu yang selesa, ruang permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat selesa untuk membuat perbincangkan dan pelbagai lagi. Cukup senang untuk dikatakan – myTukar menyediakan ONE-STOP Center untuk senangkan proses pembelian kereta


•  Di myTukar juga terdapat lebih dari 1,000 unit kenderaan terpakai yang telah diiktiraf dengan 160-poin pemeriksaan – myTukar Certified

 

 


 

 

Paling penting, sekiranya kenderaan itu tidak memuaskan hati, myTukar menjanjikan:

 

  • Jaminan pulangkan duit jika tidak puas hati dengan kenderaan yang telah dibeli dalam tempoh 5 hari

 

  • Waranti 12 bulan untuk enjin dan transmisi

 

  • Mileage sebenarnya kenderaan belian (tidak diubah)

 

  • Kenderaan terjamin dan tidak pernah terlibat dengan kemalangan berat, kebakaran atau kereta 'banjir'

 

Menarik bukan? Baru lah lega dan senang hati!

 

Untuk anda yang berada di kawasan Puchong South, Selangor atau di Plentong, Johor, myTukar bakal mengadakan festival Jom Beraya di MyTukar pada 20, 21 dan 22 Mei ini (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

 

Festival jual beli kenderaan terpakai ini bermula dari jalm 9.30 pagi hingga 6.30 pm serta juadah ringan turut disediakan sambil anda menjamu mata serta koleksi kenderaan-kenderaan terpakai lebih dari 1,000 unit pilihan.
 

 

Promosi istimewa semasa acara tiga hari itu termasuk:

 

  • Filem penapis haba Raytech percuma dengan baucar Shopee bernilai sehingga RM1,900 (untuk kenderaan tertentu).

 

  • Menangi percutian 3D2N ke Langkawi untuk dua orang.

 

  • Hadiah Edisi Terhad untuk tempahan kenderaan.

 

  • Dua kali servis percuma.

 

  • Penghantaran percuma ke seluruh negara.

 

  • Dan juga ada promosi tambahan, “Cars Of The Month”

 

Mana tahu, anda akan berjumpa dengan kenderaan idaman anda ketika Festival bertemakan Jom Beraya Di myTukar itu berlangsung.

 

Menarik bukan? Jadi jangan lupa, Karnival Jom Beraya di MyTukar Retail Experience Centre di Puchong dan Plentong pada 20, 21 dan 22 Mei ini! Ketahui lebih lanjut disini:

 

myTukar Retail Experience Center – Puchong South 

myTukar Retail Experience Center – Plentong, Johor Bahru 

 

Cari kereta Idaman anda disini 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…