Kereta termahal di dunia, Bugatti La Voirture Noire kini milik Christiano Ronaldo?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan Bugatti La Vouture Noire (membawa maksud kereta hitam) unit tunggal berharga $18 juta (RM75 juta), ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal empunya kereta paling mahal di dunia ini. 

Jawapannya, pemilik susuk badan dari kelab bola Juventus, iaitu Christiano Ronaldo!

Menurut laporan daripada sportbible.com, pemain terkemuka itu bukanlah kali pertama membeli sebuah Bugatti, malah sebelum ini Ronaldo turut memiliki sebuah Bugatti Veyron yang berharga $1.5 juta (RM6.21 juta). 

Bugatti walaubagaimanapun masih lagi tidak mendedahkan identiti sebenar pemilik kenderaan tersebut, tatkala beberapa media yang lain sudah pun mengesahkan kebenaran disebalik khabar angin itu. 

 

 


Ronaldo ketika ini sudah pun mempunyai beberapa koleksi seperti Ferrari F430, Rolls-Royce Phantom, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio dan Bentley Continental GTC.

Dengan adanya Bugatti La Voiture Noire, beliau bakal mempunyai 'teman' berlatih setelah puas berlumba dengan Bugatti Veyron. 

 


Bugatti La Voiture Noire, sebuah binaan one-off yang mengambil inspirasi daripada Type 57 SC Atlantic yang lahir era 1930-an.

Ia dikuasakan oleh enjin W16 quad-turbo 8.0 liter dengan kuasa sekitar 1,500 hp, transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, sistem pacuan semua roda dan kelajuan maksimum 420 km per jam.