'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive' tawar diskaun insurans sehingga 20% untuk pemandu berhemah

oleh Mohamad Hanif|
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) semalam (18 Disember) telah memperkenalkan solusi 'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive', satu inisiatif berbentuk ganjaran bagi menggalakkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berhemah di jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Produk pertama seumpamanya di Malaysia ini menggunakan pemasangan peranti keselamatan telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive bertujuan membantu pemandu mempelajari dan memahami tabiat pemanduan mereka sendiri. 

Menurut Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kedudukan Digi dalam Internet of Things (IoT). 

AXA FlexiDrive adalah insurans motor telematik pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun bagi pemanduan selamat dan menggalakan pemandu supaya sentiasa peka dan berhemah di jalan raya. 


Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance, Emmanual Nivet berkata, "Produk AXA FlexiDrive dihasilkan dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia dan diharap akan dapat diperluaskan kepada lebih ramai lagi dalam usaha untuk menggalakkan mereka menjadi pengguna yang bijak, selaras dengan insentif yang ditawarkan."

Dengan cas hanya sebanyak RM70 termasuk pemasangan peranti secara percuma, para pengguna akan mendapat ganjaran seperti berikut:

  • diskaun sehingga 20% untuk pemanduan selamat
  • notis kemalangan automatik beserta bantuan
  • perlindungan kenderaan 24 jam
  • bantuan ketika insiden kecurian sehingga kenderaan diperoleh kembali

Mereka juga diberikan pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart Track Security dengan bayaran sebanyak RM240 untuk setahun yang menawarkan sistem penggera yang boleh dikawal menerusi peranti pintar, catatan maklumat semasa, ulasan setiap perjalanan dan juga pampasan kemalangan sehingga RM2,000.

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke Digi Store berhampuran atau dengan melayari laman web https://new.digi.com.my/support/digi-store