Kereta terbenam dalam lubang

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kirrill Kukhmar/ TASS
Dua buah kenderaan terbenam dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di Rusia pada Rabu.


Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu.

Namun, dalam kejadian tersebut, tidak ada mangsa yang mengalami kecederaan serius atau kematian.

 

Lubang itu terbentuk dengan tiba-tiba selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi kejadian.

 

Ketika kejadian, kedua-dua kereta itu diparkir di luar sebuah bangunan perniagaan.

 

Sejumlah orang mengerumuni di tempat kejadian bagi menyaksikan dua buah kenderaan yang terbenam di dalam lubang.

 

Punca paip itu pecah tidak diketahui. Paip itu membekalkan air kepada penduduk di rumah-rumah dan pejabat ketika musim sejuk.
 

Kejadian itu menyebabkan bekalan air panas ke 21 buah blok flat dan tiga buah hospital mengalami gangguan selama sehari.

 

- Agensi

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita gerakkan pasukan cantas ini dan akan tangkap mereka yang terlibat mencuri kenderaan mangsa…
Kereta
    Walaupun telah setahun ia menyusuri jalan raya di Malaysia, tetapi bagi Careta, ini adalah…
Informasi
1. Simpan di tempat yang berbumbung Mahu atau tidak, menyimpan kenderaan di tengah panas terik…