Kereta terbang Xpeng buat penerbangan pertama!

oleh HEZERI SAMSURI|
X2, kereta terbang buatan AeroHT milik Xpeng berlepas untuk melakukan penerbangan pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing semalam.

Xpeng, syarikat EV yang berpengkalan di Beijing itu mahu menunjukan bahawa projek istimewa itu semakin hampir untuk menjadi produk komersil yang menyokong dasar baharu kerajaan China dalam industri ekonomi penerbangan rendah (low-altitude economy).

Dasar ekonomi itu meurujuk kepada penerbangan dron dengan dan tanpa juruterbang di bawah paras 3,000 meter.

Pihak Berkuasa Tempatan Beijing juga sudah menetapkan tiga laluan untuk menghubungkan kawasan berdekatan menggunakan teknologi ini menjelang tahun 2027.

Ia boleh digunakan untuk tujuan penyelamatan kecemasan, logistik dan pengedaran, pelancongan, perjalanan pergi balik (commuting) dan pelbagai lagi.

Pasaran penerbangan paras rendah ini dijangka akan memiliki pasaran sebesar US$138 billion menjelang 2026.

Laporan penuh di South China Morning Post.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…