Kereta terbang PAL-V LIberty kini halal digunakan atas jalan raya Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel berkenaan projek kereta terbang sebenar PAL-V yang dikatakan kereta pertama di dunia dengan keupayaan untuk terbang di udara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, PAL-V Liberty telah pun menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk beroperasi secara sah di atas jalan raya Eropah. 

Sama seperti kereta biasa, PAL-V Liberty perlu melepasi ujian kelajuan tinggi, ujian bunyi, serta ujian pelepasan emisi yang sangat ketat di sana sebelum dibenarkan untuk memakai nombor pendaftaran standard. 
 


Ini bermakna, PAL-V Liberty kini selangkah ke arah untuk memperoleh lesen sah untuk terbang di udara. 

Semenjak tahun 2015 lagi, PAL-V berusaha untuk mendapatkan kelulusan aviasi dari European Aviation Safety Agency (EASA), di mana Liberty memperoleh manfaat daripada program ujian penerbangan yang dijalankan terhadap model PAL-V One. 

Sebelum PAL-V Liberty perlu menjalani proses ujian terakhir iaitu penerbangan selama 150 jam, ia perlu menghabiskan sejumlah 1,200 lagi ujian penilaian. 
 


Hanya selepas itu baharulah PAL-V Liberty boleh diedarkan kepada para pembeli di sana. 

Menurut jurupandu uji PAL-V Liberty Hans Joore menyifatkan kereta ini "sangat lancar dan responsif, dan dengan berat sekitar 660 kg sahaja ia mampu memecut dengan baik, seakan sebuah kereta sports. 

Menariknya, 80 peratus daripada pembeli PAL-V Liberty adalah baharu dalam dunia aviasi, jadi sesetengah daripada mereka sudah pun menjalani  ujian pengambilan lesen penerbangan di PAL-V FlyDrive Academy. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…