Kereta terbang kedua negara bakal muncul tahun hadapan - menteri

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat kereta terbang pertama negara siap, muncul pula idea kereta terbang kedua nasional.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Bernama, kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya tahun depan.

“Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan dan jika ada minat di negara ini untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2019 awal tahun ini kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.

Menurut pembina Aerodyne, 'Vector' bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan tetapi sistem pengangkutan udara dari titik ke titik. - Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…
Berita Global
eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China.…