Kereta terbang ke Maldives setelah gagal di Subang - kata Menteri Pembangunan Usahawan

oleh SALINA JALIL|
Menurut laporan dari Astro Awani, kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihaknya menerima undangan khas daripada usahawan swasta terlibat untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.

 


“Kita kerajaan bukan membelanjakan satu sen pun, kita memudahcarakan kepada orang muda yang hendak  melibatkan diri dalam aerospace air mobility industry.

 

 

“Takkan tidak boleh buat.. ini bukan dasar kerajaan. Dia pergi buat tempat lain. Okay dia pergi tempat lain contoh tidak boleh terbang di Subang itu hari dia akan terbang di Maldives, Insyaallah dia akan jemput Pakwan untuk terbang di Maldives untuk inter island hopping, tidak ada masalah,” katanya selepas Program Himpunan Usahawan Terengganu di Kuala Terengganu.
 

 

 

Laporan: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…