Kereta terbang EHang 216 akan masuk pasaran Indonesia Julai ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebuah syarikat pengedar kenderaan di Indonesia berhasrat untuk membawa masuk kereta terbang ke pasaran negara Indonesia, pada Julai tahun ini.


Kenderaan udara autonomi berpenumpang (AAV) EHang 216 itu sebelum ini diperkenalkan pada Pameran Hibrid Kenderaan Antabangsa Indonesia 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia dikatakan mampu terbang pada ketinggian 3,000 meter dengan jarak penerbangan mencapai 35 kilometer dalam 21 minit.

 

EHang 216 mempunyai ketinggian 1.77 meter (m) dan 5.61 m lebar dengan berat maksimum 220 kilogram.

 

Presiden Pengarah Prestige Image Motocars Rudy Salim berkata, kenderaan itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

 

EHang 216 menggunakan kuasa elektrik 100 peratus tetapi tidak dipamerkan lagi rupa bentuk fizikalnya. 

 

Kereta terbang dua penumpang ini mempunyai 16 propellers dan 8 lengan yang dapat dilipat (foldable arms), menjadikannya sangat berkesan dan menjimatkan ruang letak kereta kerana hanya memerlukan tanah seluas 5 meter persegi.

 

"Era Mobiliti Udara yang kita impikan dari masa depan telah tiba di depan mata kita. Teksi udara bukan sahaja merupakan gaya hidup, tetapi juga cara baru untuk melakukan perjalanan. Baik untuk keperluan peribadi dan sektor lain seperti pelancongan, ”kata Rudy.

 

 

 

WorldNewsToday

Berita Berkenaan

Informasi
  "Rasional pengambilalihan itu adalah untuk mewujudkan integrasi perniagaan dengan Strong Rich…
Berita Global
Menurut laporan daripada CBNC Indonesia, Ketua Pengarah Prestige Image Motorcars menjelaskan model…
Berita Global
Terminal teksi udara yang bakal beroperasi di bandar pelancongan itu dikatakan bakal beroperasi…