Kereta terbang bakal jadi realiti tahun 2030 - Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa beberapa tahun akan datang, kita bukan sahaja dapat melihat peralihan drastik daripada trenkuasa konvensional kepada kenderaan sifar emisi, malah kereta terbang juga mungkin akan menjadi satu realiti di bandar-bandar besar dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada The Guardian, ketua eksekutif operasi Hyundai Michael Cole menjelaskan, "kami percaya dalam tempoh menjelang akhir dekad ini ia akan menjadi sebahagian daripada masa hadapan."

Beliau menambah, "kami fikir menjelang akhir dekad ini, mobiliti udara urban bakal menawarkan peluang yang baik untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar, serta mengurangkan kadar pelepasan emisi.

Dalam satu sidang kumpulan industri Society of Motor Manufacturers and Traders, beliau memberitahu bahawa kereta terbang merupakan salah satu penyelesaian masa hadapan mobiliti yang pintar dan inovatif.

Sebelum ini, Hyundai memperlihatkan konsep kereta terbang mereka yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan, Uber ketika Consumer Electronics Show Las Vegas pada Januari 2020.

Penglibatan Hyundai juga turut merangkumi konsep lapangan terbang pertama tanpa landasan pelepasan di UK, direka untuk pesawat atau kenderaan yang berupaya untuk berlepas atau mendarat secara menegak (eVTOL) yang dijadualkan akan dibuka di Coventry tahun ini.

Konsep lapangan terbang urban ini boleh digunakan oleh pelbagai industri termasuklah teksi udara serta dron penghantaran barang autonomi.

Sumber: The Guardian

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…
Berita Global
eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China.…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…