Kereta terbang akan diteruskan: Pak Wan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata Malaysia akan meneruskan projek kereta terbang walaupun mendapat kritikan dari pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof. Philip Alston.

Rezuan (Pak Wan) berkata kerajaan Malaysia terbuka kepada mana-mana pendapat dan PBB mungkin mempunyai pandangan mereka sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alston sebelum ini berkata kereta terbang tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia dengan alasan negara ini terdedah dengan ribut dan kereta terbang akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fosil.

Professor itu juga berkata projek kereta terbang hanya membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya bersedia dengan kesan perubahan iklim yang sudah mula dirasakan.

Menurut Pak Wan, ia adalah projek swasta dan eko sistem itu secara global bernilai lebih dari US$500 bilion.

Prototaip kereta itu sedang dibangunkan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun dan pembinaannya hampir 85 peratus siap.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah ialah apa yang dikatakan oleh Kamarul. 1. Beliau menjemput siasatan audit dilakukan…
Berita Domestik
Laporan dari PAC memaklumkan bahawa syarikat tersebut ialah firma swasta yang dikaitkan dengan…
Hezeri Samsuri
Redzuan menjawab, "Panggillah apa pun yang anda suka, dron, kereta terbang, kenderaan udara tetapi…