Kereta terbabas rempuh rumah di Seremban

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Jalan Ampangan dekat sini lewat petang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.52 petang dan tiba lima minit kemudian.

“Kami menerima laporan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta telah terbabas dari arah Jalan Jelebu menuju ke bandar Seremban dan melanggar rumah berdekatan.

“Maklumat awal yang kami terima, mangsa yang memandu kereta jenis BMW mengalami kecederaan dan pihak bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera pada bahagian kaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, lima individu yang berada di dalam rumah tersebut bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…