Kereta terbabas masuk longkang, pemandu hanyut dikhuatiri lemas

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita dikhuatiri lemas apabila kereta dinaiki dihanyutkan arus deras selepas terjunam ke dalam longkang di Jalan Utama Prima Damansara, pada malam Ahad .


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 10.19 malam.


Menurutnya, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Berdasarkan maklumat awal, sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar. Ketika kejadian, hujan lebat dan arus deras.

 

"Anggota (bomba) berjaya mengesan kereta pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian. Namun mangsa tidak ditemui dalam kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Beliau berkata, kereta itu dipercayai dipandu wanita tempatan berusia 45 tahun dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera…
Berita Domestik
"Lapangan terbang di rantau ini semua berusaha menaik taraf, KLIA juga mesti buat pembaikan dan…
Berita Domestik
Pemandu wanita yang berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri dan…