Kereta terbabas, lelaki warga Singapura maut

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki warga Singapura maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di susur masuk Seremban/Port Dickson, kilometer 259, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara di Seremban pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, kejadian pada jam lebih kurang 1.20 petang itu mengakibatkan mangsa tersepit sebelum disahkan maut di lokasi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Mangsa berusia 24 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bharu dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh penghadang di kanan bahu jalan menyebabkannya tersepit di dalam kereta.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan paramedik mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di lokasi," katanya.

Tambah beliau, mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) bagi prosedur bedah siasat.

"Peronda Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) membuat kawalan lalu lintas di lokasi kemalangan dan hanya lorong kecemasan serta lorong masuk susur Plaza Tol Port Dickson Utara ditutup sementara kerja mengalihkan kenderaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan ketika ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian pada jam 4.25 petang di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Sri Wang itu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, kemalangan berlaku…
Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima…