Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 5.58 petang.
Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit itu.
"Pemeriksaan dilakukan anggota paramedik Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 40-an meninggal dunia di lokasi kejadian, namun identiti lengkap belum dikenal pasti.
"Seorang lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemandu kenderaan mengalami kecederaan parah dan sebelum dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Mayat dua penumpang diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- salam takziah kepada keluarga mangsa -