Kereta terbabas dan terbakar, pemandu Honda Accord rentung

oleh Penyumbang Rencana|
foto MStar
Pemandu kereta rentung selepas kenderaan dipandu terbakar dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di Petaling Jaya pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 7.24 pagi membabitkan sebuah Honda Accord.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.20 pagi apabila kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang LRT lalu terbakar.

"Mangsa iaitu pemandu kereta berkenaan terbakar seluruh badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Bagaimanapun maklumat mangsa masih belum dapat dikenali pasti sehingga kini dan mayatnya dibawa ke Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka membabitkan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat itu diminta tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota…
Berita Domestik
Berlaku kesesakan lebih lima kilometer menghala selatan susulan sebahagian jalan terpaksa ditutup…
Berita Domestik
"Kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabit…