Kereta terbabas dalam banjir, warga emas maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang warga emas yang memandu kereta Toyota Camry terbabas dan masuk ke dalam air banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Kota Tinggi semalam.


Dalam kejadian jam 4 petang itu, kereta dipandu Pong Song Wook, 64, telah pun memasuki separuh ke dalam kawasan air berhampiran kebun kelapa sawit.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Orang awam yang melihat kejadian tersebut menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke tempat kejadian.

 

Menurut Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azman Jantan, mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu utiliti Hilux dan sebuah bot aluminium.

 

"Pihak bomba bertindak menarik kereta mangsa ke kawasan selamat dengan dibantu oleh orang awam. Kita mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kereta tersebut.

 

"Bomba mengeluarkan mangsa iaitu warga emas lelaki berusia 64 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 5.16 petang.

 

 

Malay Mail
 

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…