Kereta terbabas, bayi enam bulan maut!

oleh SALINA JALIL|
Bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta dipandu bapanya terbabas dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Bota Kiri - Tanjung Belanja berdekatan Perkuburan Tanjung Aur, Parit, malam tadi.


Dalam kejadian pada 8.15 malam itu, mangsa, Afham Faiq Azrul Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara ibu bapanya, masing-masing berusia 29 tahun luka di badan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, berkata mangsa bersama ibu bapanya menaiki Perodua Myvi dari Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri hendak pulang ke rumah di Seri Iskandar.

 

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian kereta dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit.

 

"Akibat kemalangan itu, bayi lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu bapanya luka di badan.

 

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk proses bedah siasat pada malam ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…