Kereta tenaga baharu (NEV) China mula dihantui isu kualiti

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun China kini merupakan antara kuasa besar dunia di dalam penghasilan dan jualan kenderaan elektrik, namun masalah kualiti masih lagi menghantui industri tempatan di sana, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Dalam usaha untuk memperkasakan produk buatan tempatan, China juga menggunakan kempen seperti strategi "Made in China 2025", pemberian subsidi kepada pembuat EV dan bateri EV serta tarif kepada kenderaan import. 

Ia bukan sahaja berkesan, malah tahun lalu sahaja China mencatatkan rekod jualan sebanyak 1.256 juta kenderaan tenaga baharu (NEV), dengan sasaran untuk mencapai 2 juta menjelang tahun 2020.

Namun, dek kerana terlalu asyik mengejar angka, media automotif di China mula mendedahkan sebilangan besar masalah yang melanda kereta-kereta baharu ini - kualiti.

Satu masalah yang tipikal kita dengar beberapa tahun lalu. 
 


Antara isu yang sering timbul ialah bateri di mana hampir 40% daripada kes yang dilaporkan melibatkan kebakaran secara tiba-tiba. 

Selain daripada itu, terdapat juga kes-kes seperti bateri terlampau panas, transmisi yang sering rosak, odometer yang tidak tepat dan bateri terlalu cepat kehabisan tenaga.

Ini dibuktikan dengan kaji selidik yang baharu sahaja dibuat mendedahkan sebilangan besar pengguna China menyesal akibat membeli NEV. 

Walaupun tidak dinyatakan syarikat mana yang menyumbang kepada masalah yang disebutkan, sudah terlalu banyak syarikat pengeluar EV yang timbul di China saban tahun, terima kasih kepada subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…