Kereta sumpahan Perang Dunia Pertama - Gräf & Stift 28/32 PS Double Phaeton

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sebagai orang Islam kita ditegah mempercayai sesuatu yang berkaitan dengan sumpahan atau membawa sial. Kereta Graf & Stift 28/32 PS Double Phaeton dikaitkan dengan sumpahan sehingga menyebabkan jutaan nyawa hilang.

Kisah ini bermula apabila kereta Graf & Stift 28/32 PS Double Phaeton menjadi saksi pembunuhan waris raja Austo-Hungarian Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, tradegi ini menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama yang mengorbankan 16 juta nyawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada 28 jun 1914 Archduke Franz Ferdinand pergi ke Sarajevo untuk lawatan kerja untuk merasmikan muzium, perancangan untuk membunuh Archduke Franz Ferdinand ditelah dirancang oleh kumpulan pemisah nationalis Black Hand, Black Hand ditubuhkan untuk memisahkan wilayah South Slav dari empayar Austo-Hungarian dan Empayar Uthmaniyah.

 


Archduke Franz Ferdinand dan rombongan tiba di Sarajevo dengan keretapi, kemudian rombongan menaikki 6 buah kereta rasmi yang disediakkan. Rombongan disambut oleh Gabenor Bosnia Oskar Potiorek. Memandangkan lawatan Archduke Franz Ferdinand ke Sarajevo pada hari ahad hanya 60 polis bertugas dan tiada tentera yang berkawal sepanjang jalan yang digunakan oleh rombongan.

 

Penyerang yang dikenali sebagai Nedeljko Cabrinovic dari Black Hand menanti dan terus melontar bom tangan ke kereta Archduke Franz Ferdinand akan tetapi bom tangan yang dilemparkan jatuh dan meletup mengenai kereta rombongan dibelakang kereta yang membawa Archduke Franz Ferdinand. 
 

 

 

Archduke Franz Ferdinand dan Sophie melangkah untuk masuk ke kereta Graf & Stift 28/32 Double Phaeton meniggalkan dewan perbandaran Sarajevo. Tidak lama selepas gambar ini diambil kedua mereka ditembak mati oleh Gavrilo Princip. 

 

px 1

 

Ilustrasi ketika kejadian Gavrilo Princip menembak dari jarak dekat Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, gambar sebelah menunjukkan Gavrilo Princip ditahan pengawal setelah gagal membunuh diri selepas menembak mati Archduke Franz Ferdinand dan isterinya. Dilaporkan kereta kereta Graf & Stift 28/32 Double Phaeton tidak  mempunyai transmisi mengundur menyebabkan pemandu berhenti lama setelah tersalah jalan, peluang ini diambil oleh Gavrilo Princip untuk menembak.

 

px2

 

Setelah peristiwa pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isterinya kereta ini dijual kepada kapten tentera darat malangnya beliau terbunuh ketika memandu kereta ini, kemudian kereta ini dijual pula kepada gabenor negara Yusgoslavia yang baru setelah runtuhnya empayar Austo-Hungarian dalam masa empat bulan sahaja gabenor Yugoslavia ini terlibat dengan 4 kemalangan, setelah kemalangan terakhir gabenor tersebut mengalami kecederaan tangan beliau menjual pula Graf & Stift 28/32 Double Phaeton kepada doktor perubatan tidak lama kemudian doktor tersebut mengalami kemalangan maut. Dilaporkan seramai 13 orang telah meninggal dunia ketika menggunakan kereta Graf & Stift 28/32 Double Phaeton ini termasuk Archduke Franz Ferdinand dan puluhan lagi cedera.

 

map

 


Walaubagaimanapun cerita kematian sehingga 13 orang dan puluhan cedera ketika menggunakan kereta Graf & Stift 28/32 Double Phaeton adalah cerita yang direka-reka, setelah kejadian pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pemilik asal kereta ini Count Von Hallach telah menyerahkan Graf & Stift 28/32 Double Phaeton kepada muzium tentera darat Heeresgeschictliches Museum di Vienna dan tidak dijual kepada sesiapa. Pada 1944 ketika Perang Dunia Ke 2 kereta ini hampir musnah kerana dibom oleh Tentera Bersekutu, pada 1950an kereta ini dibaik pulih semula dan pada 1957 dipamerkan semula dimuzium termasuk baju uniform Archduke Franz Ferdinand yang dipakai ketika kejadian, pistol pembunuhan dan pelbagai barang yang berkaitan pembunuhan Archduke Franz Ferdinand.

 

kereta

 

Bagi menambahkan celakanya kereta ini adalah nombor pendaftaran A111 118, nombor pendaftaran ini telah ditafsirkan sebagai A : Armistice Day atau hari tamatnya perang manakala 111 118 adalah tarikh 11 november 1918 bersamaan tarikh tamatnya Perang Dunia Pertama, peminat teori konspirasi juga sering mengaitkan nombor pendaftaran ini dengan peristiwa tamatnya Perang Dunia Pertama. Bagaimana cerita sumpahan Graf & Stift 28/32 Double Phaeton ini bermula? Ianya berdasarkan dari buku Stranger Than Science tulisan Frank Edward yang diterbitkan pada 1959 , siapa Frank Edward? Beliau merupakan seorang Ufologi pengkaji fenomena berkaitan UFO, ufologi ditolak oleh ahli akdemik kerana ufologi dianggap sebagai pseudosains. 

 

logo

 

 

Graf & Stift 28/32 PS Double Phaeton adalah kereta keluaran syarikat Graf & Stift dari Austria. Syarikat ini ditubuhkan pada 1902 dan diasaskan oleh 3 beradik Franz, Heinrich dan Karl Graf dan pelabur Wilhelm Stift. Wilhem Stift  sebelum menjadi rakan kongsi kepada 3 beradik Graf mempunyai perniagaan pengeluar kereta jenama Celeritas. Syarikat Graf & Stift dikuasai oleh syarikat pengeluar lori dan bas MAN AG pada 1971 dan pada 2011 kumpulan syarikat Volkswagen pula mula mengambil alih MAN. Jenama Graf & Stift ditamatkan penggunaan oleh MAN pada 2001.

 

frank

 

 


Penulis : Muhamad Qalif

Pautan rujukan :
- undebunking ufos : http://undebunkingufos.blogspot.com/2015/04/ufo-investigator-frank-edwards.html
- Graf & Stift : https://en.wikipedia.org/wiki/Gr%C3%A4f_%26_Stift
- The Cursed WW1 Car : https://www.youtube.com/watch?v=pGx9l6cnS4Y
- Top 10 Historically Famous Vehicle : https://www.toptenz.net/top-10-historically-famous-vehicles.php
- The Car That Witnessed The Spark WW1 : https://www.nytimes.com/2014/07/11/automobiles/the-car-that-witnessed-the-spark-of-world-war-i.html