Kereta Singapura diarah patah balik - tangki minyak kurang 3/4

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bloomberg
Sehingga 3 April, sebanyak 55 buah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura telah diarahkan untuk patah balik di pusat pemeriksaan sempadan Singapura-Malaysia sejak sempadan darat dibuka pada 1 April lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana kenderaan Singapura yang hendak memasuki Malaysia perlu mematuhi peraturan jumlah minimum bahan bakar sekurang-kurangnya tiga perempat.  

Menurut undang-undang Kastam Singapura, pemandu yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda sebanyak S$500 (RM1,554) atau dibicarakan di mahkamah.

Namun, hukuman yang lebih ringan adalah dengan melakukan pusingan U sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan tersebut.

 


Tambahan pula, sekiranya mereka didapati mengusik tolok minyak, pemandu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan mengubahsuai peralatan mengukur bahan api yang tidak sah.

Di Malaysia pula, portal Shin Min Daily News melaporkan sekurang-kurangnya 500 buah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi bahan api di sebuah stesen minyak di Johor Bahru dalam masa sehari.

 


Dalam pada itu, pihak berkuasa KPDNHEP Johor telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Lingkaran Dalam, Jalan Tampoi, Senai dan Kulai bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna petrol RON95.

Tahukah anda, nilai satu liter RON95 di Singapura adalah bersamaan dengan RM9.32 duit kita?

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Terima kasih kepada mereka yang sudah membantu saya semalam. Semoga dimurahkan rezeki,” kata…
Informasi
  Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter…
Berita Domestik
  Kenderaan yang digunakan untuk kerja penyeludupan itu ditahan di sebuah stesen minyak di Batang…