Kereta roda tiga pertama Mercedes ambil masa lebih sejam di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz kini terkenal dengan barisan jentera yang sentiasa memperbaharui catatan masa di Litar Nurburgring, lihat sahaja prestasi AMG GT Black Series yang berjaya mencapai masa 6 minit 43 saat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tahukah anda, berapa lama masa yang perlu diambil oleh kereta roda tiga pertama Mercedes untuk mengelilingi Litar Nurburgring.

Jawapannya, lebih daripada 80 minit!

Sukar untuk mencari kereta sebenar yang dihasilkan pada tahun 1886 itu, jadi alternatifnya adalah dengan mencipta sendiri simulasi Benz Patent Motorwagen itu di dalam platform perlumbaan maya Assetto Corsa.

Pelumba simulasi yang juga pelumba dalam dunia sebenar, Jimmy Broadbent mengambil kesempatan untuk menguji sendiri 'prestasi' kereta beroda tiga itu di litar Neraka Hijau.

Nama litar sahaja sudah cukup menakutkan, namun prestasi jentera ini tidaklah begitu mengujakan.
 

Benz


Ini kerana dalam dunia sebenar, enjin asal silinder tunggal 954 cc empat lejang itu hanya berupaya menghasilkan 0.67 kuasa kuda, dan pihak pembangun terpaksa meningkatkan kuasa tersebut kepada 1 hp dalam permainan tersebut memandangkan kereta tersebut langsung tidak bergerak jika menggunakan kuasa asal!

Kelajuan tertinggi? 13 km/j. Namun Broadbent berjaya mencapai kelajuan tertinggi 70 km/j dengan menggunakan gear neutral ketika menuruni bukit.

Namun pada pemanduan mendaki laluan yang lebih bercerun, Motorwagen itu ternyata tidak cukup kuasa dan adakalanya berhenti terus. Jadi Broadbent terpaksa melakukan pemanduan secara zig-zag dan ini menyumbang kepada masa pusingan yang lebih lama.

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah. Sekadar untuk menghabiskan masa lapang anda di hujung minggu.