Kereta replika filem terkenal untuk dilelong - Batmobile, Ecto-1, dan DeLorean Back To The Future!

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, pihak U.S. Marshals akan mengadakan acara lelongan untuk tiga buah kenderaan replika filem yang dirampas berikutan kes yang membabitkan penipuan di dalam bidang perubatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Department of Justice, individu bernama Ryan Sheridan yang memiliki Braking Point Recovery Centers di Ohio diarahkan untuk membayar $24,479,939 (RM104 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat atas kesalahan penipuan perkhidmatan pemulihan dadah dan alkohol yang bernilai $48 juta (RM205 juta).

 


Disebabkan ketiadaan dana untuk membayar denda yang dikenakan, perintah pelucutan telah pun dikeluarkan dan ia melibatkan tiga buah replika kenderaan termasuklah Batmobile dari filem Batman 1989, Ecto-1 dari Ghostbusters serta sebuah DeLorean dari filem Back To The Future.

Jentera Batmobile itu direka berdasarkan kereta Chevrolet Caprice Classic 1995 dan menampilkan enjin V8 5.7 liter yang memacu roda belakang, hasil kerja badan kustom, ruang kemasukan udara stail turbin, dan ruang kabin yang unik dengan bermacam-macam meter dimuatkan.

 


Model seterusnya adalah Ecto-1 yang menggunakan asas daripada Cadillac 1959 dengan layangan warna putih, lampu kecemasan dan logo Ghostbusters pada kereta.

Manakala model yang paling menarik sudah pasti sebuah DMC DeLorean 1981 yang menyerupai unit digunakan pada filem trilogi Back To The Future.

 


Ia hadir dengan thruster di bahagian belakang, flux capacitor, sistem pendawaian di bahagian luar kenderaan, sementara bahagian kabin dipasang dengan jam masa dan mesej amaran apabila anda memandu pada kelajuan 88 batu sejam (142 km/j).

Kesemua kereta replika ini akan dilelong menerusi Skipco Auto Auction bermula 1 Ogos ini, dan bagi mereka yang tidak berkesempatan, bidaan boleh dilakukan menerusi acara dalam talian.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di…