Kereta replika filem Taxi untuk dijual - RM14k di Russia

oleh Mohamad Hanif|
Sebilangan besar daripada kita sudah tentu membesar dengan filem Taxi yang pernah disiarkan pada tahun 1998, yang dibintangi oleh Peugeot 406 sebagai teksi serba boleh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda merupakan seorang pengumpul prop-prop filem aksi seperti Peugeot 406 yang kami paparkan ini, usah lepas peluang kerana terdapat sebuah replika untuk disambar bagi anda yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Russia.

 

 


Iklan yang disiarkan pada Avito pada bulan lalu itu meletakkan harga jualan sekitar 220 000 ₽ atau RM14,555 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

Peugeot 406 replika Taxi ini memiliki jarak perbatuan 283,000 kilometer, dan masih kekal dengan enjin 1.8 liter dengan kuasa sekitar 116 hp. 

 


Ia masih lengkap dengan spesifikasi kilang seperti stereng berkuasa, ABS, ESP, tingkap berkuasa elektrik, cermin dengan fungsi pemanas terbina dan tidak dilupakan, kit badan yang diinspirasikan daripada filem Taxi. 

Ia termasuklah bumper hadapan, modifikasi pada bumbung, sayap belakang dan rekaan rim yang menyerupai rekaan Taxi 2 namun dengan saiz yang lebih kecil. 
 


Menurut penjual, terdapat perkara yang perlu diteliti (biasalah, kereta lama) namun beliau mendakwa sistem amaran kereta ini akan memainkan lagu daripada filem Taxi dan bukan bunyi amaran yang biasa kita dengari. 

Fanatik betul dengan filem Taxi itu ya...
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…