KERETA RAYA SEMPURNA UNTUK KELUARGA - MANA SATU PILIHAN HATI?

oleh Mohamad Hanif|
Musim perayaan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari Raya merupakan satu sambutan yang sangat sinonim dengan kita, di mana pada ketika inilah keluarga kita berkumpul bersama-sama, ziarah sanak saudara serta menikmati hidangan yang telah disediakan.

Sinonim dengan semangat kekeluargaan kita, sudah pasti anda tertanya-tanya model kereta apakah yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Kami ada beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan.

 

1. Mitsubishi Xpander (RM92,009)

Xpander


MPV tiga baris tempat duduk ini memang sudah tidak memerlukan pengenalan yang panjang. Ia antara model MPV yang sangat popular di atas jalan raya.

Reka bentuknya yang moden menjadi pertaruhan, ruang kabin yang besar, serta jarak lega bumi setinggi 205 mm memudahkan Xpander ini menempuh jalan-jalan kampung yang biasanya ditakuti oleh kereta 'lowered'.

Nadi 1.5 liter MIVEC berkuasa 105 PS dan 141 Nm itu sebenarnya sudah lebih daripada mencukupi untuk membawa ahli keluarga anda.

Dengan corak pemanduan yang betul, Xpander ini sebenarnya sangat jimat bahan api.

 

2. Perodua Alza (dari RM62,500)/Toyota Veloz (dari RM95,000)

veloz


Kembar serba serbi, dan nyata kedua-dua model ini kembali menjadi pilihan keluarga di Malaysia disebabkan spesifikasi yang jauh lebih lengkap, dan lebih moden!

Spesifikasi kuasa adalah sama di mana enjin 1.5 liter 2NR-VE itu berupaya menjana 106 PS dan 138 Nm, sementara padanan transmisi CVT menjadikan pemanduan MPV tiga baris tempat duduk ini lebih lancar.

Walaupun lahir dari kilang yang sama, Veloz lebih mahal disebabkan penambahan ciri-ciri moden dan mewah yang tidak didapati pada model Alza.

 

3. Nissan Serena S-Hybrid facelift (dari RM149,888)

serena


Edaran Tan Chong Motor merupakan pihak yang berani melancarkan MPV Nissan Serena S-Hybrid tatkala rata-rata pesaingnya terdiri daripada unit recon (Honda Stepwgn, Toyota Noah/Voxy).

Versi facelift ini muncul pada tahun lepas, dengan membawakan enjin 2.0 liter hibrid ringan (150 PS/200 Nm).

Selain penampilan yang lebih mewah, urusan membawa keluarga juga tidak menjadi sebarang masalah kerana Nissan Serena menawarkan sehingga 13 konfigurasi tempat duduk yang boleh diubah.

Ciri keselamatan Nissan Serena termasuk enam beg udara serta kelengkapan Nissan Intelligent Mobility juga menjadikan ia salah satu MPV tiga baris tempat duduk yang sangat berbaloi untuk dimiliki bawah julat harga RM150 ribu.

 

4. Kia Carnival CKD (dari RM231 ribu)

carnival


 
Jika anda ada bajet lebih untuk sebuah kereta keluarga yang lebih baik, dapatkan sahaja Kia Carnival versi tujuh/lapan tempat duduk.

Berbanding unit CBU yang telah ditawarkan sebelum ini, Kia Malaysia menambah baik unit pemasangan tempatan dengan ciri seperti lampu belakang LED penuh, sistem audio BOSE 12 pembesar suara, serta skrin kluster digital 12.3 inci. 

Kia Carnival CKD masih lagi mengekalkan enjin 2.2 liter CRDi (199 hp/400 Nm) yang telah terbukti boleh menggerakkan MPV yang sarat dengan penumpang tanpa masalah, dan masih lagi menawarkan penjimatan bahan api yang cukup baik.

 

5. Hyundai Staria 10 tempat duduk (dari RM179,888)

staria


Satu-satunya MPV unik dan pelik yang anda boleh beli di Malaysia, bermula dari RM179,888.

Hyundai Staria kini didatangkan dengan 10 tempat duduk, dan ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah berbanding versi yang telah dilancarkan sebelum ini.

Jadi, ahli keluarga anda tidak perlu bergaduh di pagi raya untuk berebut tempat duduk kegemaran.

Paling penting, Hyundai Staria ini memiliki rupa paras seperti kapal angkasa yang boleh menyebabkan banyak kepala menoleh memandangnya apabila kereta ini berada di atas jalan.

Kesemua unit yang disenaraikan itu boleh dibeli baharu, namun jika bajet menjadi penghalang, dan anda mahukan kereta yang lebih ringkas, kami sarankan anda beli di CARSOME.

Kenapa CARSOME?

 

carsome


1. Platform yang terjamin
CARSOME merupakan sebuah lagi platform jual beli kereta pramilik dalam talian yang menawarkan cara pembelian kereta yang lebih terjamin dan selamat.
Lebih mudah, sebab semuanya ada dalam talian! Masa belek kuih raya pun boleh semak kereta idaman.

2. Banyak pilihan, harga berpatutan
Lebih daripada 30 buah jenama kereta yang boleh anda pilih, dan boleh didapati pada bayaran bulanan serendah RM300 sahaja.

3. Kualiti terjamin, biarpun status kereta terpakai
CARSOME memberikan jaminan kesemua kereta yang dijual di platform mereka telah menjalani proses pemeriksaan yang ketat (pemeriksaan 175-titik).

Ini bagi memastikan kereta yang dijual itu bebas daripada kemalangan besar serta kerosakan akibat bencana alam seperti banjir.

CARSOME juga turut menawarkan jaminan pulangan balik wang dalam lima hari, serta jaminan satu tahun untuk setiap kereta yang dijual.

4. CARSOME ada promosi raya bossku!
Bersempena dengan musim perayaan, CARSOME melancarkan kempen Ramadan Raya Promo bermula 20 Mac hingga 30 April 2023.
Apa yang menarik daripada kempen terbaharu ini?
- Baucar bernilai RM200,000 untuk dibawa pulang
- Diskaun kereta sehingga RM8,000
- Diskaun sehingga RM1,500 untuk transaksi tukar beli (trade-in)
- Baucar Servis Percuma 1 Tahun (dua kali servis berkala)

Selain itu, CARSOME juga menawarkan pakej servis bermula dari RM98 termasuk pemeriksaan 20-titik secara percuma, serta diskaun tambahan untuk perkhidmatan terpilih seperti:
- 10 peratus untuk penukaran bateri + jaminan 15 bulan
- 15 peratus untuk penukaran bilah pengelap cermin
- 15 peratus untuk servis asas pendingin hawa
- 15 peratus untuk servis pembersihan brek

 

carsome


Daripada anda memeningkan kepala memikirkan bayaran bulanan yang luar kemampuan, lebih baik dapatkan sahaja kereta berkualiti daripada CARSOME pada nilai yang lebih rendah, dan berbaloi untuk poket anda. Jangan lepaskan promosi hebat DI SINI.

Hari baik bulan baik, apa kata anda kongsikan berita baik ini kepada kawan-kawan, keluarga dan sanak saudara, dan jangan lupa singgah CARSOME yang terdekat sebelum kita beraya!

Alternatifnya, anda boleh mengisi butiran peribadi di laman web INI dan pihak CARSOME akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra…