'Kereta Peronda' M850i hasil talaan AC Schnitzer - 612 hp/840 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan pandemik COVID-19, banyak acara pameran autoshow yang terpaksa dibatalkan termasuklah Essen Motor Show (yang menyamai acara tahunan SEMA) yang dijadualkan semula berlangsung pada November 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penangguhan tersebut walaubagaimanapun tidak pernah menghalang penala Jerman terkenal AC Schnitzer untuk menghasilkan sebuah kereta peronda BMW M850i yang dimodifikasi menerusi kempen "Tune It! Safe!".

Jentera BMW M850i ini merupakan model keenam 'kereta peronda' yang pernah dihasilkan oleh AC Schnitzer yang menampilkan modifikasi talaan yang selamat untuk digunakan di atas jalan raya.

 


Senarai modifikasi ini bermula dengan layangan liveri pasukan polis menggunakan teknik wrap satu badan Foliatec, sebelum dipasang dengan lampu beacon biru di bumbung dan bumper  hadapan.

Malah, untuk menjadikan modifikasi ini lebih menjadi, mereka turut memasang sistem komunikasi radio polis di dalam ruang kabin.

 


Spesifikasi standard kereta peronda terhenti setakat itu apabila AC Schnitzer mula menjalankan talaan sebenar, bermula dari kit badan kustom gentian karbon, serta naiktaraf sistem ekzos dengan tip hujung gentian karbon.

Sistem gantungan BMW M850i ini telah direndahkan dengan menggunakan spring aftermarket sebelum keempat-empat arca roda dipasang dengan rim baharu bersaiz 21 inci dengan kemasan matte anthracite.

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan aluminium pada bahagian seperti pedal, perehat kaki, paddle shifter dan kemasan di sekeliling sistem infotainmen.

Sudah pasti, talaan AC Schnitzer tertumpu kepada nadi asal, dimana enjin 4.4 liter bentangan V8 turbo berkembar itu telah disentuh supaya mampu menghasilkan 612 kuasa kuda dan 840 Nm daya kilas, peningkatan daripada kuasa asal 523 hp/750 Nm.

 


Prestasi kereta peronda polis ini dalam dunia sebenar tidak diberitakan, namun secara perbandingan, BMW M8 Competition dengan enjin 4.4 liter V8 dengan kuasa setanding 616 ekor kuda itu mampu memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi 305 km/j!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…
Berita Global
Kini, syarikat talaan yang berpusat di Aachen itu mengorak langkah baharu dengan menawarkan pakej…