Kereta peronda kemalangan, 2 anggota polis cedera

oleh SALINA JALIL|
Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin di sini, pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas pemandu sebuah Perodua Myvi tidak sempat menekan brek dan merempuh kereta peronda terbabit dari belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata akibat pelanggaran itu, kereta peronda berkenaan terbabas dan melanggar tiang di tengah pembahagi jalan.

 

"Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, dengan pemandu dan kru kereta peronda polis mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

 

 

Laporan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…