Kereta Nasional Ketiga perlu dalam bentuk elektrik sepenuhnya

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang veteran teknologi tempatan berkata projek Kereta Nasional Ketiga perlu dibangunkan sebagai sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya (EV).

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Yoon Chon Leong, rakan perunding BusinessWise Consulting Sdn Bhd percaya pembangunan EV akan memacu pertumbuhan sektor elektrik dan elektronik (E+E) negara.

Ia juga akan menyediakan pasaran kepada pengeluar komponen E&E automotif tempatan untuk terus berkembang.

"Lebih baik kita fikirkan model yang dibangunkan itu - samada ia EV, kenderaan pandu sendiri atau berapa banuak komponen elektronik yang digunakan untuk membangunkan kenderaan moden," ujar Yoon.

Beliau kemudian menambah bahawa pengeluar E&E tempatan sudah mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan komponen EV.

"Mereka juga boleh menawarkan harga yang kompetitif kerana mereka ini sudahpun membekalkan komponen elektronik kepada pengeluar kenderaan terkemuka dunia," tambahnya.

* Sumber asal dari Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…
Telah Diuji
Dalam era EV Mercedes-Benz masih lagi setia menawarkan bentuk badan sedan tatkala pesaing rapat…
Berita Global
Sama seperti model yang lain, Spectre juga akan mula diproduksi pada September ini dengan…