Kereta Nasional Ketiga: Media yang salah lapor, Tun yang kena kecam

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan yang salah dari sumber-sumber media utama negara memberikan implikasi negatif kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan sebenar Tun Mahathir ialah beliau tidak terbabit di dalam keputusan untuk pelaburan (VentureTECH) ke atas DreamEDGE Sdn Bhd yang pada ketika itu berlaku pada tahun 2016.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah beberapa fakta dan auta mengenai projek tersebut.

Tidak benar

  • Pengerusi MCA, Wee Ka Siong berkata kerajaan menipu kerana projek Kenderaan Nasional Ketiga menggunakan wang kerajaan atas alasan DreamEDGE dimiliki 100 peratus oleh VentureTECH. VentureTECH pula ialah syarikat milik penuh MIGHT, sebuah agensi kerajaan.

Fakta

  • VentureTECH hanya memiliki 10 peratus saham DreamEDGE sejak tahun 2017, sebelum projek Kenderaan Nasional Ketiga diumumkan lagi. DreamEDGE adalah syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan ditubuhkan dalam tahun 2007. Ia melakukan pelbagai projek automotif di dalam bidang rekabentuk dan sebagainya. Bekas pengasas dan bekas presiden NISMO, Yuichi Sanada pernah bertugas di DreamEDGE dari 2015 sehingga beliau meninggal dunia awal tahun ini.

 

Tidak benar

  • Tun Mahathir tidak bersetuju untuk memilih DreamEDGE sebagai peneraju di dalam pembinaan Kenderaan Nasional Ketiga.

Fakta

  • Tun Mahathir tidak terbabit di dalam jawatankuasa pemilihan peneraju projek tersebut. Ia dipilih oleh ahli jawatankuasa dari agensi-agensi kerajaan dan juga penasihat-penasihat profesional yang arif dalam bidang automotif dan ekonomi negara.

 

Tidak benar

  • Daihatsu mempunyai kuasa dalam struktur Kenderaan Nasional Ketiga ini.

Fakta

  • Daihatsu akan bertindak sebagai rakan teknikal sahaja dan ia tidak mempunyai ekuiti di dalam projek tersebut. Syarikat Jepun itu bersetuju untuk berkongsi teknologi dan platform mereka dalam projek Kenderaan Nasional Ketiga. Ia tidak seperti konsep kenderaan nasional yang lain di mana rakan kongsi mereka mempunyai hak pengurusan, terutama seperti Proton di mana pengurusan tertinggi diketuai oleh orang luar.

 

Tidak benar

  • Model pertama projek Kenderaan Nasional Ketiga ialah sebuah kenderaan elektrik.

Fakta sebenar

  • Model pertama yang akan dihasilkan oleh projek ini ialah sebuah sedan dari segmen B+, sementara tren kuasa pula akan menggunakan teknologi terkini. 

 

Tidak benar

  • Syarikat Kenderaan Nasional akan melancarkan model mereka pada tahun ini dan siap untuk dijual tahun hadapan.

Fakta sebenar

  • Ia akan mempamerkan mock-up pertama mereka pada hujung bulan ini. Mock-up hanyalah idea atau gambaran bagi mempamerkan kebolehan mereka manakala prototaip pula akan disiapkan pada penggal pertama 2020. Produk pertama projek syarikat Kenderaan Nasional ini akan muncul dalam tahun 2021.

 

Tidak benar

  • DreamEDGE akan membina kilang baharu untuk membina produk-produk mereka.

Fakta sebenar

  • DreamEDGE berkata untuk sekarang, mereka hanya mahu menggunakan kontrak pemasangan oleh kilang-kilang yang sudah ada di dalam negara. Mereka akan mula memikirkan pembuatan berskala besar seawal tahun 2031.

 

Dengan ini diharapkan warga Malaysia mendapat gambaran sebenar tentang projek ini yang bakal membantu meningkatkan lagi kemahiran pekerja Malaysia dan juga dalam usaha negara untuk menghasilkan teknologi sendiri dalam masa akan datang. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia juga akan menyediakan pasaran kepada pengeluar komponen E&E automotif tempatan untuk terus…