Kereta Nasional Baharu - Menteri usah cakap banyak

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof semalam berkata beliau mahu kementerian itu untuk membesarkan skop tugasnya dan melibatkan hal-ehwal perdagangan dan pelaburan.

Kenyataan beliau itu disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Darell Leiking yang berkata setiap menteri perlu fokus kepada portfolio dan tugas masing-masing.

MITI ialah kementerian yang dipertugaskan untuk menjaga hal-ehwal perdagangan dan pelaburan negara.

MED pula ialah kementerian ditugaskan untuk melahirkan usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global.

Secara ringkas, ia bermakna MED sepatutnya membantu mencipta usahawan tempatan dan MITI pula membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.

Hal ehwal automotif pula sudah lama berada di dalam port folio MITI dan skim pembangunan usahawan automotif telah dilakukan sejak sekian lama oleh agensi-agensi di bawah MITI.

Mungkin Redzuan merasakan tugasnya untuk menghasilkan usahawan sudah lengkap dan kini beliau mahu membuat kereta dan mengeksportnya pula.

Sebelum itu, saya kira menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat untuk mengingatkan beliau bahawa ada beberapa janji yang telah dinyatakan olehnya sendiri dahulu.

 

 

1. Konsep Kereta Nasional Baharu (NNCP) akan dilancarkan awal tahun 2019

  • Sehingga sekarang, tidak ada sebarang informasi kecuali penawaran pakej bantuan bernilai RM20 juta dari MED untuk menarik pelabur untuk menjayakan projek ini.
  • Ini bermakna, projek NNCP masih tidak ada rakan kongsi dan sekiranya tiada rakan kongsi, saya kira tidak akan ada kereta konsep dalam masa terdekat ini.

2. Kereta Nasional Baharu (NNCP) akan dipasarkan pada tahun 2020

  • Tahun keramat 2020 akan muncul dalam masa setahun sahaja lagi. 
  • Proton mengambil masa empat tahun untuk menghasilkan Proton Iriz. Itupun menggunakan enjin sedia ada dan platform yang sudah lama tersiap.
  • Adakah NNCP sudah berjumpa cara baharu untuk menghasilkan kereta dalam masa kurang dari setahun?

3. Kereta Nasional Baharu (NNCP) akan menggunakan teknologi terkini dan ia bukan kenderaan konvensyenal

  • Sehingga sekarang, tidak ada sebarang berita mengenai rakan teknikal untuk projek NNCP, terutama dari dua syarikat tempatan, iaitu Silterra dan CTRM.
  • Adakah ia sebuah hybrid atau sebuah kereta elektrik atau mungkin menggunakan kuasa lain?
  • Adakah Malaysia sudah mempunyai teknologi terbaharu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun? 

 

 

Kami di Careta dan juga rakyat Malaysia menantikan jawapan Tuan Menteri. 

Kami juga berharap agar Sinar Harian sudi membuat sesi wawancara terbuka dengan MED untuk isu Kereta Nasional Baharu (NNCP).

Kami sanggup bayar untuk duduk di kerusi paling hadapan sekali.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahnya, pihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan…
Berita Domestik
  Zul Azhar berkata, UniMAP mempunyai Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (COEUAS) yang…
Berita Domestik
Hezeri Samsuri memberi pendapat beliau mengenai isu ini.