Kereta Nasional 3.0 - Apakah keperluannya?

oleh Mohamad Hanif|
Berikut kami siarkan versi terjemahan artikel yang dipetik daripada artikel asal tulisan Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) bertajuk: "A Third National Car: Do We Really Need One?"
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta nasional ketiga! Mengapa perlu untuk menambah satu lagi kereta nasional?

Apakah yang menjadikan sektor automotif begitu eksklusif, sehingga berhak mendapatkan syarikat nasional, apatah lagi yang ketiga?
 


1. Sektor automotif terkenal sebagai ibu kepada semua industri, kerana ia melibatkan bidang mekanikal, kimia, elektrik, elektronik, pembuatan bahan, Teknologi Maklumat, dan lain-lain - menumpukan kesemua ilmu yang disebutkan di atas melalui pembuatan, perkhidmatan dan kewangan menjadi satu “sektor mega” yang serba komprehensif.

2. Kepelbagaian dan kedalaman industri automotif memerlukan setiap sistem dan komponen modular, yang diperlukan untuk menghasilkan kereta, menjalani proses mereka bentuk, pembangunan, pengujian, proses pembuatan, khidmat selepas jualan dan servis-nya sendiri.

3. Malaysia kini mempunyai dua jenama kereta kebangsaan berkeupayaan penuh, iaitu Proton dan Perodua. Kedua-duanya berjaya menyumbang kepada perindustrian Malaysia. Perodua telah muncul sebagai pemegang saham pasaran domestik terbesar, dengan pelan eksport yang agresif pada masa akan datang, dan kini dapat menghasilkan dan membangunkan model kenderaan dengan sendiri (Perodua Myvi baharu). 

Walaupun Proton senantiasa menjadi pemimpin dalam pembangunan kejuruteraan dan kenderaan, namun penguasaan pasarannya telah menurun. 

Pada pandangan saya, pelan pemulihan mereka telah menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan membuahkan hasil dalam masa terdekat, dan kita tetap komited untuk memudahkan fasa transformasi mereka.
 


Jadi di mana perlunya kereta nasional ketiga?


4. Kereta kian berubah dari sebuah mod pengangkutan ke arah sebuah gaya hidup mobiliti yang terhubung - sebuah ruang yang boleh didiami untuk melakukan aktiviti harian semasa dalam perjalanan. 

5. Kereta dijangka menjadi autonomi (ciri swapandu), dan ini memerlukan kenderaan untuk dihubungkan kepada infrastruktur, persekitaran, kenderaan lain dan semua termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

6. Sistem pacuan kuasa berasaskan bateri dan navigasi autonomi dijangka menjadi teknologi utama dalam beberapa dekad akan datang, dan lebih banyak penumpuan akan dilihat dalam bidang teknologi baru seperti nanoteknologi, telekomunikasi, pengurusan data yang besar - bahkan sektor seperti pengurusan sumber manusia, pemasaran , undang-undang, perancangan bandar, dan lain-lain akan menjadi lebih relevan kepada sektor pengangkutan (mobiliti).

7. Penumpuan baharu ini dijangka mewujudkan sektor mega baru, yang dikenali sebagai sektor Mobiliti Terhubung.
 


8. Lebih banyak industri seperti kesihatan, tenaga, pertanian, kreatif, pembalakan, akuakultur dan runcit juga perlu menyesuaikan diri dengan 'gangguan' baru yang timbul, yang terhasil daripada pengenalan mobiliti terhubung tadi.

9. Sebagai contoh, kenderaan terhubung ini dapat memberikan pendekatan baharu terhadap perjalanan seharian - bayangkan temu janji mesyuarat yang diadakan di dalam kereta dan tidak lagi dibatasi oleh lokasi orang perseorangan ataupun ruang. 

Kenderaan masa hadapan ini bakal menjadi ruang yang sangat produktif, dilengkapi dengan teknologi untuk meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan kita.

10. Tambahan pula, kebangkitan ekonomi digital dan technologi kewangan (fintech) telah melahirkan platform baru dan peluang untuk memulakan perniagaan baru seperti e-dagang dan perkhidmatan crowdsourcing. 

Kemasukan aspek fizikal logistik ke dalam ekonomi digital ini adalah perlu dan ini boleh didayakan oleh mobiliti terhubung, iaitu Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS).

 


11. Oleh itu, sebuah projek kereta nasional 3.0 akan memacu Malaysia untuk fasa seterusnya, atau "S-curve" baru bagi industri.

12. Lebih penting lagi, fasa seterusnya ini dapat dicapai dengan baik apabila kita mempunyai projek kereta nasional di mana kita mempunyai keupayaan untuk memaksimumkan penyertaan perniagaan dan bakat tempatan, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang lebih bermakna.

13. Ini seterusnya akan meningkatkan keupayaan dan pengambilan teknologi secara keseluruhan, sejajar dengan trend global yang berkaitan dengan Pendigitalan, Kecerdasan Buatan, Kejuruteraan Nano, Sains Data serta bidang-bidang dan disiplin ilmu baharu pada masa akan datang.

14. Projek kereta nasional sebelum ini (Proton dan Perodua) tidak dapat dinafikan memberi kita pengalaman dan pengetahuan untuk memulakan sebuah kereta kebangsaan ketiga - sejajar dengan matlamat seterusnya.
 


15. Untuk menjadi negara yang hebat, kita mesti mencontohi negara-negara yang mempunyai penguasaan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Negara-negara seperti Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun kini merupakan peneraju utama di dalam pasaran global dengan kebergantungan yang sedikit terhadap bahan mentah dan sumber asli.

16. Kereta nasional 3.0 ini secara keseluruhan adalah peneraju yang merangkumi agenda sains dan teknologi ini.

17. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini telah menjemput peserta automotif mengemukakan cadangan mengenai kereta kebangsaan ketiga pada 15 Oktober 2018. 

Saya mengulangi pengumumannya dan menyeru penyertaan daripada OEM, vendor dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menyumbangkan idea mereka untuk mengambil langkah seterusnya dalam fasa seterusnya perindustrian negara.

 

Artikel asal boleh dibaca menerusi laman web rasmi Institut Automotif Malaysia di www.mai.org.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…